BIASANYA bila kita beli nasi lemak, yang ada di dalam dia adalah ada telur rebus belah 20 sebab kecik ya amat, ikan bilis sikit dan kacang. Ini yang 'standard' punyalah. Begitu juga kalau ada telur goreng, kebanyakkan hanya letak ikut syarat saja. Ada yang letak itu macam mahu tak mahu je. Kedekut nauu!!!!!! : KitaReporters
Namun bagi seorang peniaga ini pula, mungkin beliau memikirkan kepuasan pelanggan dari keuntungan.
Itulah yang dialami sendiri oleh Farina Raxak yang pertama kali dapat membeli nasi lemak dibalut telur seperti nasi goreng Pattaya.
Kredit foto; Twitter @Farinaraxak
Biasanya beliau beli selalu dapat yang kecil tetapi kali ini, fuhh memang terbaiklahh.
Puas hati kalau makan ini. Harga mahal sikit tak apa macam ini.
Tengoklah cara dia meniaga, tak kedekut weiii!!!! Moga rezeki perniaga itu akan murah!!
Bagi penulis yang melihat ini pula terasa seperti nak pergi beli sendiri pula dekat peniaga ini.
Rasanya, rata-rata rakyat Malaysia mesti pernah alami, bila beli nasi lemak dengan harapan dapat nikmati kesedapan, tetapi sekali buka nak makan tengok apa yang ada dalam itu, terus potong selera.
Kredit foto: Twitter @Fazley13
Kalau kena macam ini, mesti dari mood nak makan akan bertukar nak membebel sepanjang hari!!
Bagi peniaga di luar sana, kita faham faktor ekonomi memang memainkan peranan tetapi kalau ya pun, janganlah letak telur atau yang lain itu terlalu sikit.
Nasi lemak ini sinonim di Malaysia dan boleh dikatakan makanan pilihan rakyat Malaysia.
Takut nanti orang datang sekali itu je. Biasanya kalau harga mahal tapi kalau semua cukup dan banyak, mesti orang akan sokong. - KitaReporters