Selera & Santai 26 Aug, 2020

Soju halal? K-Drama sumber usahawan cipta soju tanpa alkohol

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

BUDAYA Korea sudah tidak lagi asing di Malaysia kerana kita sering menonton drama yang ditayangkan sehingga membuatkan golongan muda lebih cenderung mengikuti gaya pemakaian, makanan dan pelbagai lagi. Bukan hanya itu,  malahan terdapat banyak restoran di Malaysia kini menjual pelbagai jenis makanan Korea Halal di atas permintaan yang tinggi. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Korea:

https://kitareporters.com/search?search=korea


Bagi peminat K-Drama pasti mereka semua mengetahui minuman beralkohol yang sangat popular di Korea iaitu soju. Kini heboh di negara jiran kita Indonesia, kemunculan air soju tanpa kandungan alkohol. Seorang usahawan dari Bandung, Indonesia mendapat inspirasi untuk menghasilkan soju versi halal, dengan nama Mojiso.

@warungminiummik : Ngga lengkap rasanya makan makanan koreya tanpa minum Soju Halal non AlkoholTersedia rasa : Leci, Greentea, Yoghurt, Strawberry


"Minuman Mojiso yang dihasilkan bukan soju sebenar seperti di Korea. Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% berbeza. Oleh sebab itu Mojiso halal," menurut Sovi, pengusaha soju halal itu kepada kompas.com

"Terdapat pelbagai makanan Korea yang halal dijual dan saya pernah mencubanya. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mencuba minuman soju."



Setelah mengetahui resipi mojito dari rakannya yang memiliki kafe, Sovi kemudian bereksperimen dengan resipi soju. Dia mencipta beberapa perisa, antaranya yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.

Apa yang lebih menarik ialah, pembungkusannya didatangkan dengan botol kaca berwarna hijau berserta pelekat putih yang direka dengan tulisan Korea.

Apa pendapat anda semua?  - KitaReporters

15
3
0
0
6
You will be interested