Selera & Santai 05 Dec, 2020

Syabas ahli FB AAJB? Sokong peniaga food truck bersedekah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KONSEP berniaga sambil bersedekah agak jarang dilakukan oleh kebanyakan peniaga kerana ramai yang berniaga pastinya ingin mendapat keuntungan bagi memajukan perniagaan masing-masing kerana itulah yang diharapkan dalam bidang berkenaan.  Namun, ada juga peniaga bukan sahaja mengharapkan keuntungan semata-mata, sebaliknya ada yang ingin bersedekah kerana cara sedemikian mendapat keberkatan dan diberi kelimpahan rezeki berganda oleh Allah. : KitaReporters 


Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan percuma daripada peniaga kenderaan saji (food truck) di hadapan Masjid Hadhari Jertih,Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan food truck:

https://kitareporters.com/search?search=food+truck


Itulah yang dilakukan oleh seorang  peniaga bergerak atau lebih dikenali dengan panggilan food truck (kenderaan saji) dari daerah Besut, Terengganu, yang kerap mengadakan program bersedekah kepada orang ramai sekitar daeerah itu. 

Terbaharu, usahawan food truck, Zaharin Idris menerusi program sedekah ukhuwah memberi peluang penduduk sekitar bandar Jertih menikmati pelbagai makanan secara percuma yang diadakan di hadapan Masjid Hadhari, Jertih pada Jumaat, 4 Disember 2020. 


Pengusaha food truck Zaharin Idris


Zaharin (dua dari kiri) bersama pekerja mengadakan program makan percuma di hadapan Masjid Hadhari, Jertih


Program selama tiga jam bermula jam 1.30 petang itu memberi peluang kepada kira-kira 200 pelanggan yang datang untuk mendapatkan makanan percuma yang disediakan sepanjang tempoh program berjalan.  

Menurut Zaharin, beberapa jenis makanan disediakan pada program itu termasuk keropok lekor, aiskrim, ais sedap koko Tokki dan beberapa menu popular lain. 

Malah, aktiviti menyediakan makanan percuma kepada orang ramai sekitar daerah itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh syarikat Akademi Berkat Ukhuwah yang dimiliki Zaharin. 


Hebahan program dibuat menerusi media sosial Facebook Anak-Anak Jertih Besut (AAJB)


Bagaimanapun, usaha yang dilakukan kali ini agak berlainan kerana dia mendapat sumbangan pembiayaan menyediakan makanan daripada ahli Facebook Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) yang berusaha mengumpul sumbangan daripada pemilik Facebook yang menganggotai kumpulan tersebut. 


 

Hanya dengan menggunakan media sosial netizen tampil memberi sumbangan kepada program makan percuma


Pentadbir Facebook AAJB, Mohd Azha Zahari atau lebih dikenali dengan Bob Azha berkata pihaknya membuat hebahan menerusi media sosial berkenaan bagi membantu Zaharin menganjurkan program tersebut dalam usaha meringankan beban beliau yang terpaksa ditanggung sebelum ini. 

Katanya, alhamdulillah dalam masa tiga hari pihaknya berjaya mengumpul RM500 hasil sumbangan ahli AAJB dan sumbangan diserahkan kepada Zaharin untuk menguruskan program tersebut. 


Makanan percuma disediakan oleh pengusaha penjualan bergerak di depan Masjid Hadhari Jertih,Besut


“Sumbangan ahli AAJB kepada komuniti juga bukan pertama kali dilakukan, sebaliknya sebelum ini pihaknya banyak membantu golongan yang memerlukan bantuan termasuk peniaga yang terjejas, Orang Kelainan Upaya (OKU), penduduk yang ditimpa bencana dan bantuan pendidikan,” katanya. - KitaReporters

7
2
0
0
1
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago