Selera & Santai 14 Jul, 2025

Video| Kau memang rare dik! Kunyah bunga lawang, buah pelaga macam kudapan! Boleh hilang selera makan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Sebut sahaja rempah empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) pasti terbayang masakan seperti gulai kari, sup dan pelbagai hidangan nasi seperti nasi minyak serta beriani. Hidangan berempah yang sangat menyelerakan ini sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjamu selera.

Walaupun rempah empat sekawan merupakan bahan biasa dalam masakan di Malaysia, namun mungkin masih ada yang tidak tahu bagaimana rasa setiap rempah tersebut.


Rempah empat sekawan sering diguna untuk menyedapkan hidangan. Kredit Foto: Google Image.


Kayu manis berasal dari kulit pokok kayu manis, ia memberikan rasa hangat dan manis pada masakan. Manakala bunga lawang mempunyai rasa manis dan sedikit pahit, sering digunakan dalam masakan yang direbus lama. 

Buah pelaga pula memberikan aroma yang kuat dan rasa pedas sedikit manis. Akhir sekali bunga cengkih yang memiliki rasa tajam dan kuat, sering digunakan dalam masakan berkuah dan kuih.

Penggunaan rempah empat sekawan mampu menyedapkan masakan. Namun, andai kata tergigit salah satu daripadanya, boleh hilang mood makan dan selera.



Penulis sendiri andai kata tergigit salah satu rempah tersebut terutama buah pelaga dan bunga lawang, cepat-cepat pergi berkumur walaupun tengah menjamu selera. Rasanya yang terlalu kuat dan tajam, memang tidak sesuai dimakan begitu sahaja.

Hilang selera dibuatnya!

Namun, saat melihat seorang lelaki dalam TikTok (Iqbalnick01) mengunyah rempah empat sekawan dengan selambanya, membuatkan ramai netizen terpegun! 

Malah video ketika dia meratah bunga lawang mendapat empat juta tontonan, 339.6k tanda suka dan 5.5k komen!



Kelakuannya yang boleh dianggap luar biasa atau jarang-jarang itu membuatkan netizen memberi pelbagai reaksi. Ada yang takjub dan ada juga pelik dengan kelakuan tersebut. 

“Bang, ini kali pertama aku tengok orang makan bunga lawang begini,” tulis salah seorang netizen.


 


Manakala netizen lain ramai yang sependapat, tergigit bunga lawang atau buah pelaga, akan menyebabkan hilang selera makan. 

“Woi benda tu memang buat aku badmood kalau tergigit, kau boleh makan macam tu sahaja,” ujar netizen.


 


Manakala video dia mengunyah buah palaga turut mendapat jumlah tontonan yang tinggi iaitu sebanyak 339.5k tontonan. Menurut netizen, dalam keempat-empat rempah sekawan, buah pelagalah yang paling tak sedap dan rasa menyengat andai tergigit. Namun, sebaliknya buat Iqbal kerana dia mampu meratah begitu sahaja buah pelaga. 

“Aku tergigit buah pelaga tak sampai satu saat pun dah menggelupur,” akui salah seorang netizen. - KitaReporters




7
14
0
14
0
You will be interested