Selera & Santai 06 Apr, 2023

Suka nasi kerabu! Nikmati Nasi Kerabu Specials di Secret Recipe! Kolaborasi bersama Cef Anis Nabilah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Secret Recipe telah melancarkan juadah menarik untuk menyambut Ramadan dan perayaan Raya yang istimewa ini.

Diinspirasikan oleh hidangan tempatan dan sentuhan moden kontemporari, menu Ramadan dan Raya Secret Recipe pasti akan memenuhi idaman anda untuk hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh barakah ini!



Menu Ramadan dan raya tahun ini (2023) menampilkan variasi hidangan kegemaran bermusim yang popular: Nasi Kerabu Specials. 

Hasil kolaborasi bersama cef selebriti, Anis Nabilah, hidangan istimewa baharu ini menampilkan tiga hidangan di mana hidangan berwarna biru tersebut menjadi tumpuan utama. 

Tetap setia kepada rasa kaya dan lazat nasi kerabu, hidangan ini juga menawarkan alternatif yang sihat tanpa menjejaskan keenakan.

Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar, keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal. 

Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos Percik pedas. 

Selanjutnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang dan dilumuri dengan sos percik, dipadankan dengan nasi biru yang harum dan pelbagai hidangan sampingan.



Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe. 

Kurma Calamansi Fizz menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga, manakala Ice Blended Onde-Onde ialah minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya. 

Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang suka bereksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu raya kegemaran sepanjang masa - Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh cef selebriti, Anis Nabilah. 

"Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Sambil melahirkan kesyukuran atas peluang untuk bekerjasama dengan rangkaian kafe kegemaran Malaysia, Anis Nabilah berkata, “Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik. 

"Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!”



sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang menggemari pencuci mulut, Secret Recipe juga telah memperkenal Kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini. 

Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Kek Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa yang diapit di antara span pandan yang gebu, dihiasi dengan krim gula Melaka dan kepingan kelapa.

Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. 

Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang, dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran, di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
9
0
8
0
You will be interested