
Chalet-chalet Sari Jentayu di Kampung Tanjung Resang, Endau, Johor

Chalet Sari Jentayu yang dikelilingi pokok-pokok kelapa.
Pengalaman sebagai guru membuka ruang buat dia meneruskan usaha mengurus perusahaan chalet milik keluarganya.
Minat yang mendalam mendorong Sarifah Salleh, suami dan anaknya berusaha gigih memajukan chalet mereka Sari Jentayu, berhadapan dengan pantai di Kampung Tanjung Resang, Endau, Johor.
Sarifah dan suami, Abdul Fadzil Abdul Malek, 60, membangunkan chalet Sari Jentayu pada bulan Julai 2006 di atas tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Menghadap Laut China Selatan kawasan sekitar chalet di Kampung Tanjung Resang dalam daerah Mersing itu sangat cantik dan mendamaikan.
“Setakat ini sambutan terhadap chalet kami sangat memuaskan. Tiap minggu sentiasa penuh terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah," katanya.
Menurut beliau lagi, kebanyakan yang menyewa chaletnya adalah para pelajar dari sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi sekitar Johor dan luar Johor.

Keluarga Sarifah Salleh bersama suami dan anak menantu.

Sarifah di hadapan chalet Sari Jentayu yang baru siap dan boleh disewa dengan harga RM350.
Pasangan suami isteri yang berasal dari Mersing, Johor ini dikurniakan dua anak lelaki Abdul Syafiq Adha, 35 tahun, dan Abdul Syamil, 32 tahun. Kedua-duanya telah berkahwin.
“Anak-anak juga banyak membantu urusan chalet ini dan memberi nasihat serta penambahbaikan untuk memajukan chalet tersebut," ujar Sarifah.
Sari Jentayu Chalet boleh disewa dengan harga 1 unit 2 bilik RM200, 2 unit RM150, 2 unit RM100 dan RM200.
“Sementara homestay 3 bilik pula harganya RM350 dan ada pendingin hawa di ruang tamu,” tambah beliau. Ujarnya lagi, Sari Jentayu juga menyediakan campsite (tapak perkhemahan) untuk disewa.
‘Harga yang ditawar berpatutan termasuk katering makan 3 kali sehari mengikut jumlah peserta," jelasnya .
Sarifah dan famili juga berharap lebih banyak kemudahan dapat disediakan di chalet Sari Jentayu pada masa terdekat.
“Kebanyakan famili dan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi yang pernah menyewa chalet ini berpuas hati dengan apa yang kami sediakan.
“Makanan yang disediakan juga memuaskan hati dan kena dengan selera mereka sebab saya masak sendiri,“ ujar beliau.

Sari Jentayu menghadap pantai Kampung Tanjung Resang, Endau dalam daerah Mersing.
Pada masa lapang, Sarifah bersama NGO dan Majlis Perbandaran Mersing (MPM) bergotong royong membersih pantai di hadapan chalet dan membuang botol botol yang terdampar di pantai akibat dibawa ombak laut.
“Kawasan pantai yang menjadi tempat tumpuan pengunjung perlu dibersihkan selalu supaya sentiasa bersih dan selesa untuk pengunjung datang bersama famili “ jelasnya.
Satifah yang juga pandai mengurut turut mengambil upah mengurut daripada penduduk tempatan dan orang luar Mersing termasuk tetamu yang menginap di chalet.
“Kalau ikutkan saya tak berminat sangat dengan mengurut ni. Tapi oleh kerana saya pernah sakit, jadi saya disuruh mengurut orang untuk mendapat doa daripad orang yang dirawat untuk memulihkan sakit saya.
"Saya ada seorang abang angkat dari Cape Town. Dia tahu saya sakit jadi dia bawa kawannya bernama Syed Abdul Aziz dari Singapura yang pakar dalam perubatan Mesir kuno, ayat al-Quran dan zikir,” cerita beliau.
Ujar Sarifah, hasil daripada ikhtiar Syed Abdul Aziz membuat rawatan ke atasnya sambil tunjuk ajar kepadanya, maka dia dapat memiliki ilmu mengurut tersebut.
“Anak saya Abdul Syafiq Adha juga saya ajar ilmu mengurut ini dan dia juga sekarang sudah pandai mengurut,” katanya lagi.


Campsite juga disediakan oleh Sari Jentayu.
Apapun Sarifah berharap usaha dia dan keluarga membangunkan chalet akan berjaya dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Yang berhajat untuk menyewa chalet di Sari Jentayu boleh hubungi Sarifah menerusi talian 012 7940506 untuk pertanyaan dan tempahan. - KitaReporters