Selera & Santai 02 Jan, 2023

Video| Kreatif sangat! Cara restoran promosi iklan kerja kosong! Tarik perhatian pekerja berpotensi!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


SITUASI kritikal dalam industri food & bevarage (makanan dan minuman atau F&B) kekurangan tenaga kerja tidak menghalang sebuah restoran tampil dengan idea kreatif untuk mengiklankan kerja kosong yang ditawarkan melalui penyampaian lagu berserta lirik bagi menarik minat orang ramai memohon sehingga menjadi tular dengan sejuta tontonan dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @hok.asia, menunjukkan seorang pekerja restoran itu menyanyikan lagu dengan berlatarkan nyanyian Akon berjudul ‘Lonely’ dengan mengandungi informasi pekerjaan dan tawaran gaji sehingga membuat penonton video tular itu terpaku.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu kerja kosong



“Yeah, hari-hari kena cover dua kedai, dua shift sebab tak cukup staff nak cover dua kedai. Boss cakap buat je dulu, nanti aku carikan kau kawan baru. Dua bulan sudah berlalu tapi tiada yang nak tolong aku sapu.

“Aku penat buat kerja sorang, tolong, aku hanya nak ada kawan. So, mohon kerja sekarang. Service Crew, Kitchen Crew, RM2K – RM2.5K. Klik link di bio sekarang,” nyanyian pekerja tersebut dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji usaha kreatif restoran terbabit sehingga menarik orang ramai untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan.



“Inila cara baharu untuk mencari pekerja sekarang ini,” kata @ihsan.zainal.

“Di mana mahu menghantar resume,” soal @Itsme.

“Iklan jawatan kosong yang sangat unik,”  jelas @InaiCempaka. - KitaReporters


10
13
0
8
0
You will be interested