Selera & Santai 12 Apr, 2022

Jom infak juadah berbuka! Surau Perhentian Bas Bandar Jertih sedia makanan kepada penumpang bas!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Antara juadah berbuka puasa yang disumbangkan oleh orang ramai kepada Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih di Besut, Terengganu.


PELBAGAI pihak tampil mengadakan aktiviti amal dan kebajikan sempena kehadiran Ramadan pada setiap tahun untuk mencari keberkatan dan menambah pahala selain membantu golongan yang memerlukan bantuan dan sumbangan dengan membuat amal jariah.

Pertubuhan Amal Komuniti Besut Terengganu (PAKBT), tidak terkecuali merebut peluang untuk menganjurkan program pada bulan paling mulia ini dengan melancarkan Program “dHentian Rezeki Ramadan”.

Program berkonsepkan infak makanan dan juadah berbuka puasa itu bertujuan membantu golongan musafir dan ahli komuniti yang memerlukan makanan untuk berbuka puasa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berbuka puasa

Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan juadah makanan kepada pengunjung di Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih


Pengerusi Pertubuhan, Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata, program yang diadakan di Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih, Besut itu bagi memberi peluang kepada orang ramai khasnya penumpang bas yang berada di perhentian tersebut untuk mengambil juadah berbuka puasa ketika berada di perhentian itu.

Katanya, usaha itu yang dimulakan sejak awal Ramadan tahun ini mendapat sambutan daripada masyarakat setempat yang datang untuk menginfak juadah berbuka kepada surau berkenaan.

“Penyumbang boleh datang meletakkan sumbangan makanan di tempat khas yang disediakan di surau, manakala orang ramai yang memerlukan makanan boleh datang mengambilnya sendiri bila tiba waktu berbuka,” katanya.


 Pelbagai jenis juadah bebuka puasa yang diinfaq kepada Surau Kayu Perhentian Bas Bandar Jertih di Besut untuk orang ramai


Beliau berkata, orang ramai bebas menginfakkan apa sahaja bentuk makanan dan juadah berbuka untuk diletakkan di surau tersebut.

Katanya, ketika ini kira 50 hingga 100 paket makanan diperlukan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan untuk tujuan berbuka puasa.



Jika ada pihak yang sama-sama ingin berkongsi pahala dan rezeki, pihak pertubuhan amat mengalu-alukan untuk menerimanya dan menguruskan pengagihan makanan tersebut.

Mereka yang sudi menyumbangkan infaq boleh menghubungi urusetia penganjur menerusi talian 01-39112222 (Abg Sani), 013-9721200 (Iju), 01-92606609 (Abg Kamal) dan Kak Emi 012-3406609 atau menerusi nombor akaun 8605057474 (CIMB) milik Pertubuhan Amal Komuniti Besut. - KitaReporters


Seorang pengunjung menerima juadah berbuka puasa daripada sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut Terengganu.

 

8
15
1
17
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago