Selera & Santai 22 Mar, 2021

Makan strawberi segar di Gunung Mat Chinchang, Langkawi! Saingi strawberi di Cameron Highlands

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this



Pokok strawberi atau nama saintifiknya Fragaria adalah sejenis pokok renek dalam famili Rosaceae. Dikatakan terdapat lebih daripada 20 spesies serta beberapa hibrid dan kultivar di seluruh dunia.

Manakala buah Strawberi pula adalah buah yang manis, aromatik, kaya serat yang penuh dengan vitamin dan antioksidan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan strawberi:

https://kitareporters.com/search?search=strawberi




Mengikut Rangkaian Maklumat Sumber Germplasm (sebahagian daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat), terdapat 103 spesies dan subspesies tumbuhan strawberi yang berbeza. 

Musim puncak untuk strawberi biasanya April hingga Jun, tetapi pada umumnya, kita boleh mendapatkan strawberi sepanjang tahun.



Mungkin semua sudah sedia maklum, untuk mendapatkan strawberi di negara kita bukanlah sukar, sebaliknya kita hanya perlu ke Cameron Highlands di Pahang.

Kawasan daerah berstatus tanah tinggi itu memiliki ekosistem dan suhu yang sesuai untuk proses pembiakan buah strawberi. Maka tidak hairanlah antara produk utama penduduk setempat Cameron adalah buah strawberi dan hasil pemprosesannya.

Memandangkan kualiti dan kuantiti yang cukup tinggi, maka Cameron Highlands telah menjadi sebuah kawasan peranginan ternama di Malaysia, khususnya bagi mereka yang mahu menikmati buah dan produk berasaskan strawberi.

Ia menyebabkan kawasan Cameron Highlands sentiasa sesak terutama hujung minggu kerana sering dikunjungi masyarakat kita dari pelbagai negeri.



Namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilonggarkan nanti, kita sudah ada pilihan untuk menikmati hasil tanaman strawberi ini.

Selepas ini, jika kita tidak berpeluang untuk ke Cameron Highlands, apa kata kita terbang ke Pulau Langkawi dan menikmati hasil strawberi di sana pula.

Lebih menarik, untuk anda yang ingin merasai buah strawberi 'made in Langkawi' ini, anda perlu menaiki kereta kabel kerana kedudukannya di atas Gunung Mat Chinchang, Pulau Langkawi.



Majlis Perasmian Machinchang Strawberry Farm telah disempurnakan oleh Dr Ahmad Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB), iaitu anak syarikat LADA pada Ahad, 21 Mac 2021.

Program kerjasama antara PLSB dan Lang Agro Sdn Bhd ini akan dibuka kepada orang ramai sedikit masa lagi dan ia memberikan pengalaman yang baru kepada pengunjung.

Projek ini adalah projek rintis tanaman strawberi secara hidroponik di Langkawi.

Difahamkan, sebanyak 400 pokok strawberi sebagai permulaan projek Machinchang Strawberry Farm ditanam di Puncak Gunung Machinchang.

Lihat sendiri beberapa gambar semasa majlis perasmian projek berkenaan yang berlangsung pada 21 Mac 2021:








0
2
0
0
0
You will be interested