Selera & Santai 26 Aug, 2020

Gubahan menakjubkan! Julie Simon tak kedekut gula hias kek!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

KEK perkahwinan antara perkara wajib disediakan dalam melengkapkan sesebuah majlis perkahwinan tidak kira sama ada secara kecilan atau gilang-gemilang. Maka, bermula daripada perancangan majlis lagi pemilihan dekorasi, tema dan jenis kek akan ditentukan. : KitaReporters

Gubahan kek menakjubkan hasil ciptaan Julie Simon. - Kredir foto: Intagram @Juliesimoncakes



Lagi cerita-cerita berkaitan kuih:

https://kitareporters.com/search?search=kuih


Melihat kepada potensi dan permintaan kek kahwin yang tinggi di pasaran, ramai yang sudah mula menceburkan diri dalam bidang ini. Sudah tentu persaingan makin banyak.

Bukan sahaja minat yang diperlukan dalam bidang ini malahan daya kreativiti yang tinggi juga perlu untuk terus memberikan hasil yang lebih menakjubkan demi menyaingi mereka yang lain.

Jadi, jika ingin mencari kelainan atau menambahkan faktor ‘Wow’ untuk menghasilkan kek kahwin unik serta lain daripada yang lain, lihat pada bakat yang ada ada pakar konfeksi kek, Julie Simon yang begitu menyerlah dan sukar untuk ditandingi.

Melihat kepada reka bentuk dekorasi di atas kek yang diilhamkan master kek ini, ternyata semuanya boleh dianggap terlalu merumitkan.

Kek perkahwinan terbaharu dihasilkan Julie Simon.


Memilih bunga-bungaan sebagai identiti dalam setiap hasil karya agongnya. Terbaharu, Julie menghasilkan kek perkahwinan dengan meletakkan pasu, karangan bunga yang disusun dengan teliti berserta dengan tambahan bunga asli yang melekat di atasnya… Wah! Bagi orang biasa pastinya rasa hilang akal untuk menatariasnya. 

Berdasarkan laporan laman sesawang Oditty Central, master kek dari Los Angeles ini mula berkecimpung dengan gula, krim dan tepung yang menjadikannya sebagai hobi selama lebih kurang 20 tahun, dan akhirnya memutuskan untuk menjadinya satu kerjaya tetap buatnya. 

Dia mula serius apabila tekad membuka kedai kek sendiri sekitar tahun 2018 setelah berhenti kerja dalam bidang korporat.

Pelanggan memilih tema Ghotic.


Sementara itu, dalam wawancara dengan Primavera Dreams pula, Julie Simon ada mengatakan bahawa dia tidak mengikuti trend dalam dunia kek perkahwinan dan kerana karyanya banyak bergantung pada inspirasi dalam susunan bunga-bunga.

"Sejujurnya saya tidak melihat kepada trend kek perkahwinan pada setiap tahun… namun sekiranya ada, saya lebih cenderung melihat trend dari industri bunga kerana saya merasakan penjual bunga mempunyai kecenderungan yang lebih awal dalam gubahan mereka,” katanya.

Kuntuman bunga-bungaan yang dihasilkan Julie Simon kelihatan seperti bunga asli.


Dalam pada itu, menurut Simon lagi mengenai reka bentuk yang sempurna, dia berpendapat ia diperoleh jika pereka memikirkan hasil yang bakal diberikan itu bukanlah sesuatu reka bentuk yang minimalis malahan ciptaan itu perlu difikirkan hebat.

"Saya suka kepada reka bentuk yang nampak hidup, subur, kaya dan bertekstur. Sukar bagi saya untuk menahan diri. Kadang kala saya ditugaskan untuk membuat kek yang lebih minimalis… maka itu adalah cabaran yang sebenar bagi saya!

“Sebilangan besar seniman gula menghasilkan bunga tambahan akibat kerosakan tetapi saya selalu menggunakan semuanya kerana saya ingin hasilnya nampak lebih memuncak dan natural,” katanya.


Persediaannya sebelum menghasilkan gubahan kek.


Walaupun Simon percaya bahawa penampilan lebih penting daripada rasa untuk kek perkahwinan, dia turut menegaskan bahawa kek ciptaannya sendiri juga sedap. 

Ini kerana dia mula membuat membakar kek sejak berusia 5 tahun dan terus menghabiskan banyak masa menguji pelbagai resipi demi memastikan keknya mempunyai rasa luar biasa dan bukan hanya kelihatan cantik semata-mata. - KitaReporters

0
3
1
0
0
You will be interested