Selera & Santai 20 Jun, 2023

Video| Cuti mesra bajet ke selatan Thai! Kopetro jejaki destinasi santai Muslim di Hatyai - Songkhla!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



KOPETRO Travel and Tours kini sedang mempromosikan pakej-pakej percutian ekonomi ke selatan Thailand dengan menawarkan destinasi-destinasi berciri Muslim untuk keselesaan pengunjung. 

Percutian Muslim ini memberi lebih pilihan kepada pengunjung mengenali budaya dan warisan Muslim yang pernah mendominasi Segenting Kra suatu ketika dahulu. 

Pelancong dibawa melawat ke beberapa kawasan perkampungan asal Melayu di bandar lama Songkla termasuk ke tempat-tempat makanan halal, penginapan hotel dan perkhidmatan patuh syariah yang diperkenal oleh kerajaan Thailand untuk menarik lebih ramai pelancung Muslim ke negara Gajah Putih itu khususnya ke Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat yang menjadi wilayah komuniti Islam.



Melalui program Jom Cuti Sakan yang diperkenal Kopetro Travel and Tours, operator pelancongan berpengalaman lebih 30 tahun, ia menawarkan pakej percutian mesra Muslim pada harga menarik dan mesra bajet serendah RM379 untuk percutian 4 hari 2 malam ke Hat Yai, Songkhla. 

Perjalanan bas persiaran yang selesa akan memasuki sempadan Thailand melalui CTC Durian Burung, Kuala Nerang ke Ban Prakop, Thailand dan keluar semula melalui Danok - Bukit Kayu Hitam. 

Antara destinasi utama ialah bandar Hat Yai dan Songkhla yang tetap sibuk sebagai bandar selatan Thailand yang terus segar bertenaga. 

Antara mercu tanda utama ialah Masjid Wilayah Songkhla yang berciri seni bina dan landskap indah mirip Taj Mahal berfungsi sebagai pusat aktiviti Islam bagi komuniti Muslim di wilayah itu.



Destinasi lain pelancong dibawa ke duyung emas di Pantai Samila, Pasar Terapung, pusat jualan barangan kulit Nora Plaza, pusat jualan produk makanan madu dan gajus, sutera asli Thai di Rose Caree, Asian Night Market bagi produk pakaian kasual dan pusat makanan, Taman Gajah Chang Puak Camp dan tarikan lain di sekitar bandar Hatyai dan Songkhla. 

Kerja restorasi bangunan dan struktur bersejarah Songkhla yang pernah menjadi hab komersial juga dapat disaksikan dalam lawatan yang disediakan oleh Kopetro Travel. 

Bagi melengkapkan penjelajahan santai dan meleraikan kesibukan rutin, pakej ditawarkan sangat mesra pelanggan untuk disertai termasuk menikmati kemeriahan gastronomi halal dan pilihan makanan ringan yang berada di sekeliling kita sepanjang berada di Hat Yai, Songkhla. - KitaReporters



11
12
0
11
0
You will be interested