Selera & Santai 12 Feb, 2023

Menu set menteri! Anwar Ibrahim Isnin! Mat Sabu Selasa! Antony Loke Rabu! Kreativiti peniaga makanan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Kreativiti pemilik kedai makan meletakkan nama Menteri dalam set Menu Rahmah dalam menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan menikmati hidangan pada harga serendah RM5 mencuri tumpuan ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau memuji kreativiti serta tercuit hati  dengan inisiatif dibawa oleh peniaga itu mempromosikan Menu Rahmah termasuk menggunakan namanya melalui satu set yang ditawarkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga murah


“Terhibur juga saya lihat gelagat dan telatah peniaga menamakan set menu Rahmah mereka,” ciapnya dalam laman Twitter.

Memetik laporan Harian Metro, Set Perdana Menteri terdiri daripada nasi putih, ayam kari, sayur kacang dan sambal atau soto ayam disediakan pada hari Isnin manakala hari Selasa pula merupakan set Mohamad (nasi putih, ayam masak merah, sayur taugeh dan sambal atau lontong sayur).

Sementara set Anthony (set pecel ayam atau gado gado) pada hari Rabu, manakala hari Khamis ialah set Salahuddin (set pecel lele atau nasi putih, ayam goreng crispy dan sayur kangkung).

Pada hari Jumaat pula, set Rafizi (nasi putih, ayam masak kurma, sayur campur dan sambal atau mi ayam) dan hari Sabtu adalah set Azalina (nasi putih, ayam masak merah kicap, sayur bayam dan sambal).

Rata-rata pengguna media sosial teruja melihat inovatif peniaga itu serta menganggap Menu Rahmah telah mencetuskan fenomena sejak diperkenal.



“Terima Kasih YB, Menu Rahmah kini menjadi sagu fenomena,” jelas @m_ashrafj.

“Terbaik YB teruskan usaha membantu golongan yang memerlukan,” ujar @Langup6.

“Hiburkanlah hati mereka semua dengan insentif  bersesuaian nanti YB. Boleh ajak Mat Sabu punya kementerian sekali bagi insentif supaya harga barang-barang mentah yang meroket di turunkan ke tahap paling minimum,” kata @md_zuwairi. - KitaReporters


11
15
0
12
0
You will be interested