Selera & Santai 20 Aug, 2023

Opah Ngomel| Video| Sajian enak makanan Sabah, Sarawak! Jom menari sumazau! Semuanya di Impiana KLCC!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

 


APA pendapat puan pasal promosi Malaysia Culinary Heritage, gabungan Sabah dan Sarawak ni? Tanya pengacara kepada Opah Ngomel yang diundangkan menikmati makan malam sempena promosi oleh Impiana Hotel di Kuala Lumpur yang bermula pada 14 hingga 25 Ogos 2023.

"Anda tahu, kalau kita nak pikat hati seseorang, kita kena tawan dan ikat perut mereka dengan makanan sedap dan layanan yang baik," jawap Opah yang agak mengejutkan tetamu lain juga. 

Dah memang itulah antara rahsia terbaik kalau kita mahu pelancong datang dan datang lagi ke tempat kita. 

Satu sebab mereka bukan saja jatuh cinta dengan rasa enak makanan dan teringat-ingat hebatnya kalau dapat bercuti di negeri yang kaya dengan budaya, keindahan alam semula jadi dan keramahan penduduk. Malah kalah cara mereka melayan setiap tetamu dengan mesra dan penuh sopan.

Jika kita ke rumah panjang di Sarawak nasib baik siap boleh belajar menari tarian tradisional lagi.

Opah dengan wartawan dari Utusan, Bernama, Berita Harian dipelawa menari tarian sumazau dan menyumpit belon yang membuatkan tetamu di ruang makan itu ceria dengan gelak tawa kami.



Jomlah kita menikmati keindahan Sabah dan Sarawak dan rasa air tangan rakyat kedua-dua negeri itu dalam promosi Malaysia Heritage (Sabah dan Sarawak) yang kali ini menawarkan banyak menu. Makanlah sehingga kenyang.

Sepanjang 14-25 Ogos 2023, Sabah dan Sarawak mempersembah kulinari fusion. Pernah dengar ke?  makanan  Ru’ Tiahang Nu Sapi, Labo Senutu, Barobbo & Ambuyat, Ayam Bumbu Pedas Sri Sarawak.

Semua ini boleh kita makan sepuas-puasnya di Tonka Bean Café, Hotel Impiana KLCC untuk tengah hari dan malam. Harganya dari RM128+ dewasa dan RM64+ untuk hari-hari biasa.

Bersembang dengan Timbalan Direktor Jualan Impiana KLCC, Alexie Low yang memberitahu promosi kali ini sangat menarik kerana pihak hotel dapat sentuhan dan tunjuk ajar daripada pakar masak terkenal, Datin Kalsom Taib yang memang tahu selok belok perihal makanan enak dari seluruh Malaysia.


Kalsom Taib dengan buku masakannya yang popular



Wartawan hadir makan malam sempena Promosi Malaysia Culinary Heritage di Impiana KLCC Hotel. 


Masakan tidak, Kalsom adalah penulis buku masakan yang menang hadiah terbaik Johor Palate: Tanjung Puteri Recipes and Malaysia’s Culinary Heritage: The Best of Authentic Traditional Recipes. 

Dengan dua lagi cef, Ungku Balkis Ungku Abdul Hamid dan Ungku Marhamah Shereen Ungku Abdul Hamid, yang menjadi tulang belakang Kalsom, mereka adalah penerima anugerah Best in the World in the Easy and Fast Recipes bagi katogeri resepi mudah untuk dikongsi.

Malaysia Culinary Heritage: Sabah & Sarawak

Date: 14 – 25 August 2023

Venue: Tonka Bean Café

Time: Lunch (12.30pm-2pm) Dinner (6.30pm-10pm)

Price: RM128+per person, subject to 6% Sales & Service Tax (SST)

Kemudian selepas cuti rehat tiga hari, disambung pula dengan Promosi Best Of The Best bermula pada 28 Ogos hingga 16 September sempena kehangatan sambutan Hari Merdeka ke-66 tahun dan Hari Malaysia ke-60 tahun.

Malaysia Culinary Heritage: Best of the Best

Date: 28 August to 16 September 2023

Venue: Tonka Bean Café

Time: Lunch (12.30pm-2pm) Dinner (6.30pm-10pm)

Price: RM128+per person, subject to 6% Sales & Service Tax (SST)

Promosi Malaysia Culinary Heritage ditaja oleh FGV Holdings Berhad and Delima Oil Products Sdn. Bhd.   



Alexie bagi tahu Opah kalau nak tempah, bolehlah hubungi 03-214 1111 atau WhatsApp 012-235 1213. Juga dalam

Facebook (@impianaklcchotel) and Instagram (@impiana_klcc_hotel)!  

Menariknya tentang Impiana KLCC Hotel yang dbuka pada 1 Disember 2005 bermaksud sebuah impian dalam bahasa Melayu dan dibangunkan oleh 100 peratus oleh rakyat Malaysia.

Hotel bertaraf lima bintang dan penerima anugerah Top Customer Choice Award in Malaysia 2012 by HotelClub dan “Certificate of Excellence 2012”, “Certificate of Excellence 2015”  serta Travellers’ Choice Award 2023 by TripAdvisor. 

Ia dimiliki oleh Heritage Lane Sdn Bhd, anak syarikat KLCC (Holdings) Sdn Bhd pada 1 Disember 2005. 

Impiana Hotels & Resorts ada penginapan di Ipoh, Senai, Bali, Phuket dan Koh Samui. - KitaReporters


Yeaaa menang... Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) gembira sumpitan mengena.


Makan sambil berbual mesra mengenai pelbagai topik pelancongan. Alexie Low (dua dari kanan) yang baru dua minggu bertugas di Hotel Impiana KLCC fasih berbahasa Melayu dan tahu membaca al-Fatihah.

11
20
0
11
0
You will be interested