Selera & Santai 22 Dec, 2024

Ban Pecah dah berubah wajah! 12 kios perniagaan kabin dibina! Kemudahan peniaga dan pengunjung!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian dan Harian Watan. Emel: [email protected]

Share this

Pantai Ban Pecah di Tanjung Piandang di daerah Kerian, Perak menjadi daya tarikan kepada pengunjung.


Pantai Ban Pecah terus menjadi kawasan tarikan pelancong di Tanjung Piandang.


Pelbagai usaha dilakukan bagi menarik kedatangan pengunjung dan pelancong baik dari dalam negeri atau luar negara.

Dalam usaha itu, Pantai Ban Becah di Tanjung Piandang yang menjadi salah satu destinasi pelancongan di Perak berubah wajah apabila kerajaan memajukan kawasan tersebut.

Dengan peruntukan sebanyak RM950,000, sebanyak 12 kios perniagaan menggunakan pembinaan kabin telah dibina Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk kemudahan peniaga berniaga di situ.

Pembinaan kiosk perniagaan yang mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik serta tandas bagi menyusun semula kawasan itu daripada perniagaan yang sebelum ini berselerak dan tidak terurus kerana boleh menjejaskan keindahan kawasan itu.

Selain iu, beberapa kemudahan seperti kawasan parkir dan laluan pejalan kaki juga dibina di kawasan Ban Pecah.


Sebanyak 12 kiosk dibina bagi kemudahan kepada peniaga di Pantai Ban Pecah.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pengunjung di pantai itu boleh menikmati pelbagai makanan tempatan yang dijual di kiosk.

Katanya, ia bagi membolehkan peniaga tempatan dapat menjana ekonomi di samping menjaga kebersihan dan keindahan kawasan ini.

“Kita juga menanam pokok kerana Ban Pecah adalah salah satu kawasan tarikan pelancongan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kiosk dan penanam pokok sempena Bendang Fun Run di Ban Pecah di Tanjung Piandang pada 23 November 2024.

Sandrea berkata, mereka yang ditempatkan di kiosk ini merupakan peniaga asal di kawasan pantai ini.

“Kita tidak mahu peniaga berniaga di kawasan yang tidak sesuai bagi kemudahan MDK memastikan tempat ini bersih,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan tempat yang telah dikosongkan oleh peniaga tidak lagi ada yang berniaga di situ.

“Jika ada keperluan untuk tambahan kawasan perniagaan kita akan bincangkan,” katanya.

Sementara itu, Sandrea berkata, lebih 600 orang menyertai Bendang Fun Run sejauh lima kilometer. Larian tersebut menarik kerana ia melalui kawasan sawah dan kampung berhampiran Pantai Ban Pecah. - KitaReporters


Laluan pejalan kaki yang dibina bagi kemudahan pengunjung di Pantai Ban Pecah menjadi kawasan tarikan pelancong.


Sandrea Ng Shy Ching (enam dari kanan) bergambar dengan sebahagian peniaga yang menerima kunci kiosk pada majlis penyerahan kunci kiosk .

17
13
0
10
0
You will be interested