Jika bercuti di Kedah tak lengkap tanpa naik ke puncak Gunung Jerai, antara destinasi menarik yang menjadi kebanggaan negeri Kedah.
Gunung Jerai mempunyai ketinggian sekitar 1,217 meter (3,993 kaki), menjadikannya mercu tanda penting di Kedah masa kini.

Gunung Jerai mempunyai ketinggian sekitar 1,217 meter (3,993 kaki), menjadikannya mercu tanda penting di Kedah masa kini.
Gunung Jerai dahulunya digunakan sebagai panduan navigasi oleh pedagang laut zaman dahulu kerana dapat dilihat dari Selat Melaka.
Ia merupakan sebuah gunung batu kapur yang terasing (inselberg) di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.
Gunung ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan legendanya yang unik. Gunung Jerai kaya dengan hutan tropika, dan mempunyai tarikan sejarah tersendiri.
Jarak dari Gunung Jerai ke Alor Setar adalah kira-kira 51km, mengambil masa sekitar 50 minit dengan kereta, dan perjalanan ini melalui darat kerana ia adalah laluan daratan utama ke bandar Alor Setar, Kedah.

Antara pemandangan menarik dari puncak Gunung Jerai.

Bergambar di platform kaca, Jerai Skyview sambil melihat pemandangan dari puncak.
Keindahan Gunung Jerai terserlah dari puncaknya. Dapat dilihat Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsong dan sawah padi nan terbentang saujana mata memandang jika berada di platform kaca.
Bayaran masuk RM10 seorang tetapi buat masa ini ada potongan harga hanya RM5 seorang. Anda akan diberi plastik untuk disarung pada kasut sebelum dibenar berjalan di atas platform kaca.
Jika inginkan penginapan The Jerai Hill Resort sedia menanti menjadikannya penginapan ideal di puncak gunung sambil menikmati panorama alam semula jadi di Kedah, Darul Aman.

Mini taman tema untuk kanak-kanak turut disediakan.
Gunung Jerai menawarkan pelbagai tarikan seperti pemandangan indah dari Sky Bike View dan Jerai Skyview Platform kaca.
Turut disediakan aktiviti hutan seperti trekking, pengalaman di ladang strawberi dan suasana santai di Jungle Coffee Shop.
Jangan lepas peluang beriadah dan menikmati pemandangan panorama yang menakjubkan sambil menaiki basikal di udara atau berjalan di platform kaca.
Memetik strawberi segar, nikmati aiskrim dan minuman strawberi di dalam suasana sejuk menjadikan pengalaman indah untuk anda seisi keluarga.


Kafe untuk santai dan minum-minum di puncak Gunung Jerai.
Terokai hutan semula jadi Gunung Jerai melalui laluan mendaki, trekking dan hiking.
Nikmati juga kopi tempatan dalam suasana hutan yang nyaman di Jungle Coffee Shop sambil berborak. Makanan sedap dan harga juga mampu belanja.
Sesuai untuk yang membawa keluarga, kolam renang dan taman permainan dan mini taman
tema turut disediakan.
Dikelilingi taman bunga yang cantik, terutama bunga Hydrangea yang popular, taman bunga di Gunung Jerai pasti membuat anda terpukau dengan keindahannya.
Satu-satunya resort di puncak yang menawarkan bilik selesa dan suasana tenang adalah The Jerai Hill Resort.

Bunga Hydrangea banyak menghiasi puncak Gunung jerai.

Resort penginapan di puncak Gunung Jerai.
Para pengunjung dinasihatkan datang awal pagi untuk elak kesesakan dan nikmati pemandangan terbaik di puncak.
Jika anda ingin ketenangan dan melihat bendang dari atas gunung, Gunung Jerai adalah tempatnya.
Percutian yang sempurna untuk menikmati ketenangan, keindahan alam, dan aktiviti keluarga di Kedah selain makanan yang murah dan sedap rasanya.
Jika anda ingin bercuti ke utara pastikan Gunung Jerai termasuk dalam lis percutian anda.
Untuk menghubungi The Jerai Hill Resort, anda boleh gunakan nombor telefon pejabat utama 04-466 7777, atau WhatsApp di +6014 242 1752, manakala tempahan bilik boleh dibuat melalui nombor tempahan seperti +6012 439 9100. - KitaReporters
Tags: