Antara tempat wajib yang dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara apabila tiba di bumi Terengganu Darul Iman. - Kredit Foto beatifulterengganu.com.
kehadiran pelancong itu dijangka bertambah selepas kerajaan membenarkan rakyat negara ini boleh merentas negeri bermula 11 Oktober 2021 lalu.
jadi? Apa lagi jomlah melawat Terengganu yang sememangnya negeri yang cantik dan memiliki sumber semula jadi!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelancongan
Gah... Jambatan baharu yang terletak Pulau Poh,Tasik Kenyir menjadi tumpuan pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai dalam tempoh dua bulan akan datang berikutan keterujaan rakyat untuk pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga.
Ini kerana katanya,selepas sekian lama 'dikurung' kini tiba masa untuk mencari udara segar selain melepaskan tekanan.
Katanya, dengan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, sektor pelancongan negeri dijangka akan pulih.
Malah, kerajaan negeri menjangkakan sebanyak 30 peratus pertambahan kedatangan pelancong dalam tempoh berkenaan.
Katanya, keadaan tersebut menyebabkan kemudahan-kemudahan seperti hotel, inap desa (rumah inap), rumah rehat di negeri ini menjadi sibuk dan ditempah khas oleh pelancong yang mahu bercuti di negeri ini.
"Kita juga sudah bersedia menerima kehadiran pelancong dan saya difahamkan tempahan hotel, rumah rehat dan inap desa khususnya di Kuala Terengganu mendapat sambutan menggalakkan selepas kerajaan umumkan kebenaran rentas negeri," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman yakin sasaran itu dapat dicapai dalam tempoh dua bulan ini.
Beliau berkata, kawasan pulau seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol dan Pulau Lang Tengah juga bersedia menerima kunjungan pelancong yang ingin menikmati percutian menggembirakan.
Ariffin berkata, sebahagian besar lokasi pelancongan popular di Terengganu seperti Taman Tamadun Islam (TTI), Kampung Budaya di Muzium Negeri dan Jambatan Angkat (Drawbridge) sudah dibuka kepada orang ramai secara berperingkat-peringkat.
Keindahan Pulau Redang yang mempunyai pemandangan yang cantik menyebabkan ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti di kawasan berkenaan.
Muzium Terengganu antara lokasi yang wajib dikunjungi kerana menjulang kegemilangan masyarakat Terengganu selain berperanan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai seni, budaya dan warisan dari seluruh daerah.
“Walaupun
negeri ini akan memasuki musim tengkujuh, namun tidak akan menghalang pelancong
datang ke negeri ini untuk bercuti kerana selain pulau banyak lagi tempat
pelancongan menerik yang boleh dikunjungi,” katanya.
"Jika tidak mahu ke pulau, pelancong boleh ke lokasi lain terutama Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kerana banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di sana walaupun ketika musim tengkujuh," katanya.
Pulau Perhentian antara kawasan tumpuan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara berikutan mempunyai pantai yang cantik .
Sementara itu, aliran trafik di negeri ini dan Lebuh
Raya Pantai Timur (LPT) 2 dijangka meningkat dua kali ganda pada hujung minggu
ini selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan kerajaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, berikutan itu, pihak polis akan meningkatkan rondaan dan pemantauan di laluan seluruh daerah negeri ini.
"Dengan kebenaran rentas negeri ini, kita menjangkakan berlaku peningkatan jumlah kenderaan apabila mereka yang tinggal di luar Terengganu mengambil peluang untuk pulang ke kampung," jelasnya.
Menurut beliau, hasil tinjauan pada hari pertama rentas negeri, aliran trafik masih lancar dan tiada pertambahan luar biasa di jalan negeri atau LPT2.
Pasangan pelancong mengabadikan foto di atas jambatan baru Sungai Poh,Tasik Kenyir,Terengganu
Katanya, pihaknya akan menggerakkan 60 anggota polis bagi melakukan rondaan termasuk laluan di Plaza Tol Gemuroh, LPT 2 bagi mengelak berlaku kesesakan.
"Kesesakan di LPT2 dijangka
berlaku di beberapa daerah seperti Kuala Terengganu, Besut dan Setiu yang menjadi
pilihan pengguna untuk ke Kelantan.
Pengunjung berpeluang untuk bermalam Houseboat di Tasik Kenyir dengan bayaran yang berbaloi dan mampu milik.