Selera & Santai 01 Mar, 2021

Menara Kuantan 188 mercu tanda terbaharu bandar raya Kuantan! Sebahagian Kuantan Waterfront!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

Kredit foto: Pahang Media


MENARA Kuantan 188 di tepi Sungai Kuantan kini mula menerima pengunjung selepas dibuka secara rasminya pada 21 Februari 2021. Menara setinggi 180 meter itu menawarkan pelbagai keseronokan dan keistimewaan kepada pengunjung termasuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. 

Daerah Kuantan yang baru dimasyhurkan sebagai bandar raya pada 21 Februari 2021 kini bukan sahaja gah dengan status dimilikinya tetapi juga gah dengan terbinanya mercu tanda yang bakal mempopularkan lagi daerah itu di sebelah Pantai Timur.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kuantan:

https://kitareporters.com/search?search=Kuantan


Pemandangan Menara Kuantan 188 ketika waktu senja. - Kredit foto: Farizul Hafiz Awang.



Menara Kuantan 188 sebelum ini dikenali sebagai Menara Teruntum berketinggian 180 meter yang dibangunkan di tepi Sungai Kuantan itu menjanjikan pemandangan indah di pusat bandar Kuantan.

Pembukaan rasmi Menara Kuantan 188 serentak dengan pemasyhuran bandar raya Kuantan itu memberi impak besar terhadap aspek urus tadbir dan keseluruhan pembangunan bagi daerah Kuantan. Untung warga Kuantan.



Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan persembahan bot berhias pada Majlis Perasmian Menara Kuantan 188. - Kredit foto: Pahang Media


Kredit foto: Pahang Media


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasmikan pembukaan Menara Kuantan 188 secara maya.

Menara Kuantan 188 yang dibina di Laman Teruntum ini pastinya menjadi tarikan ikonik kepada pelancong yang bercuti ke Pahang apabila menjadi menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur serta menara tinjau tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)!

Orang ramai bukan sahaja berpeluang merakam kenangan daripada pelbagai sudut pandangan di menara ini tetapi juga dapat melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan. Cuma sediakan wang secukupnya sahaja.





Antaranya pengunjung boleh menikmati pemandangan penuh 360 darjah bandar Kuantan dan Sungai Kuantan terutama panorama waktu malam menerusi dek pemerhatian menara yang terletak 92 meter dari atas tanah. Cahaya lampu bergemerlapan menghiasi seluruh bandar.

Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter.

Para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak pula boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter. 

Macam-macam ada. Tepuk dada tanya selera sahaja. Tapi awas! Pada yang gayat atau tidak boleh berada di tempat tinggi sila pastikan keselamatan anda benar-benar terjamin. 



Kredit foto: Facebook Menara Kuantan 188


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan menara itu bermula pada Ogos 2017 dan siap pada September 2020 lalu manakala Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan pada November 2020.

"Menara Kuantan 188 adalah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang," katanya.

Beliau berkata, menara itu telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pada Disember 2020.

Menara Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambah baik Kuantan Waterfront, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancongan bandar di kawasan ini.

Selain menara tersebut, komponen lain di dalam projek Kuantan Waterfront termasuk Kuantan Esplanade, Mercu Junjung Duli, Laman Teruntum, hutan simpan bakau dan Serambi Teruntum, sebuah pusat sehenti untuk produk PKS dari Pahang.

Destinasi-destinasi ini akan menjadi wadah bagi rakyat dan pengusaha tempatan untuk mendapat manfaat daripada industri pelancongan. 


Kredit foto: Facebook Menara Kuantan 188



Dalam pada itu, seorang warga Kuantan, Zulkarnain Mohammad Musa, 35, dari Gambang ketika ditemui berkata, dia sudah lama merancang untuk membawa isteri dan anak berkunjung ke menara berkenaan jika ada kelapangan.

“Jika sebelum ini cuti hujung minggu lebih bertumpu di kawasan pantai seperti di Teluk Cempedak atau taman rekreasi, dengan adanya Menara Kuantan 188 ini akan menjadi pilihan baharu buat warga Kuantan beriadah bersama keluarga.

“Ini kerana menara ini juga terletak di kawasan Taman Esplanade yang sering menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu dan cuti umum terutama pada waktu petang dan malam,” katanya. 

Sudah pasti pembukaan menara ini kepada orang ramai dan status Kuantan sebagai bandar raya merancakkan lagi proses pembangunan ekonomi setempat dan bersedia menerima kemasukan pelancong dalam dan luar negara. Syabas Bandaraya Kuantan dan warganya! - KitaReporters


4
1
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago