Selera & Santai 17 Jun, 2022

Perniagaan sata suami isteri! Mampu jual 1,000 cucuk sata sehari! RM5 secucuk! 10 sata satu cucuk!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Sata diperbuat daripada isi ikan dengan campuran santan kelapa dan cili padi serta perasa.


SATA sejenis makanan tradisional penduduk negeri Terengganu yang cukup enak dimakan ketika masih panas-panas selepas dibakar.

Sata sejenis kuih berisikan isi ikan dan sedikit tepung serta santan kelapa dengan tambahan cili api menjadi hidangan terkenal dalam kalangan masyarakat Terengganu juga untuk hidangan pada majlis-majlis tertentu,

Resepi sata terus diamanahkan oleh generasi lama kepada generasi muda dan sehingga kini sata mampu menjadi sejenis perniagaan makanan yang popular di negeri Terengganu dan segelintir di daerah Pahang dan Kelantan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan

Tuan Shukry Tuan Sulong, 38, menunjukan sata yang diusahakan di gerainya sejak 15 tahun lalu.


Peniaga sata di Kampung Chendor di Jalan Kuantan ke Kemanan, Tuan Shukry Tuan Sulong, 38, ketika ditemui KitaReporters berkata, perniagaannya sudah bermula 15 tahun lalu dan sehingga kini terus mendapat sokongan daripada pembeli-pembeli.

Sata Syukri diakui enak kerana beliau mengunakan isi ikan segar yang sesuai dibuat sata kerana keenakan isi ikan itu.

Jelasnya lagi, isi sata yang sudah diadun dengan adunannya dibungkus dengan sejenis daun pisang yang agak tebal dan lembut tetapi isi dalamnya tetap masak dan sedap dimakan.



Katanya lagi, dia tidak mengunakan ramai tenaga pembantu untuk mengadun isi sata sebelum dibungkus kerana isterinya, Hidayah Abdul Hamid, 28, akan mengadunnya dan membungkusnya sendiri.

Menurut Syukri, dia tidak mahu orang lain mengadun isi sata bimbang rasa satanya akan berubah rasa.


Hidayah Abdul Hamid mengisi isi satar ke dalam bungkusan daun pisang sabelum dibakar.


Sementara itu, menurut Hidayah, setiap awal pagi dia akan memastikan daun pisang untuk membungkus isi sata tersedia sebelum memulakan kerja membungkus.

Katanya dia hanya membungkus isi sata sementara suaminya akan membakar sata yang sudah siap dibungkus dan  dicucuk dengan besi sebelum dibakar untuk dijual.

Setiap satu cucuk Sata Syukri ada 10 hingga 11 biji sata dan dijual pada harga RM5.00 secucuk.

Menurut Shukry, setiap hari dia dan isterinya mampu menjual hingga seribu cucuk sata di gerainya untuk dinikmati pelanggannya yang datang dari seluruh negeri yang melintasi gerai satanya melalui Jalan Kuantan ke Kemaman, Terengganu. - KitaReporters



Setiap hari Syukri dan Hidaya mampu menjual lebih 1,000 cucuk sata setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dengan harga secucuk RM5 untuk 10 biji.

13
11
1
4
0
You will be interested