Selera & Santai 25 Dec, 2020

Saksi secara virtual! Proses buat kopi tradisi sejak 50 tahun

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

TAHUKAH anda, minuman kopi yang terkenal seluruh dunia ada kebaikannya tersendiri. Antara kebaikannya ialah dapat meningkatkan serta mempertahankan metabolisme tubuh badan dan ia dapat membantu mengurangkan risiko anda terkena penyakit Parkinson. : KitaReporters


Hanteh Ginsos ketika menghasilkan biji kopi Arabica cara tradisional gaya tradisi suku Dusun dari Sabah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kopi:

https://kitareporters.com/search?search=kopi


Bagi sesetengah orang, mereka mesti pekena kopi pada waktu awal pagi untuk membolehkan mereka bertugas dengan produktif sepanjang hari. 

Tahukah anda? Perihal menghasilkan kopi ini juga merupakan satu daripada persembahan dalam program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang dicetuskan oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN). Ia dipentaskan dalam ruang maya secara dalam talian bagi mempersembahkan keunikan dan kehebatan khazanah yang ada di Malaysia untuk orang lain mengenali negara ini.

Bintang MyVXp ini ialah Hanteh Ginsos dari Kota Belud, Sabah yang menggunakan pentas digital untuk membawa seni menghasilkan kopi Arabica dari kampungnya kepada semua orang untuk mengenali kehebatannya.

Beliau yang berasal dari suku Dusun di Sabah akan mempersembahkan cara mereka memproses biji kopi.

Sebelum ini, warga penduduk Kampung Kiau Nuluh memang pakar dalam menghasilkan biji kopi. Akibat jualan yang agak mengecewakan, kebanyakan dari mereka berhenti dari melakukan kerja berkenaan dan memberikan fokus kepada bidang eko-pelancongan.


 

Dapatkan slot anda pada pautan ini: https://www.kofkino.com/activity/mari-belajar-memproses-kopi-secara-tradisi/


Negeri Sabah sudah tidak asing lagi sebagai satu tempat yang sarat dengan kawasan tumpuan pelancongan dari seluruh dunia. Dengan tersergam indahnya Gunung Kinabalu, sehingga kecantikan Pantai Karambunai serta populariti makanan laut di Kota Kinabalu, semuanya ada di Sabah.

Bagaimanapun, kerana pandemik COVID-19 dan Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) orang ramai sudah tidak ramai ke Sabah menyebabkan industri pelancongan di sana terjejas.

Hanteh kemudiannya menjadikan kepakaran menghasilkan biji kopi dari suku Dusun sebagai persembahan istimewa dalam MyVXp.

Anda boleh saksikan persembahan Malaysia Virtual Experience “Learn the Dusun tribe way of making coffee” pada Ahad, 27 Disember 2020, pada pukul 10 pagi dengan harga RM49 sahaja

Hanya dengan menggunakan lesung dengan satu tangan dan sebelah tangan lagi memegang bakul, tradisi kepakaran menghasilkan biji kopi unik ini telah menjadi usaha mencari rezeki turun temurun dari generasi ke generasi sudah lebih 50 tahun.

Hanteh mempersembahkan pekerjaan unik ini dan penghasilan biji kopi yang amat terkenal ini hanya kepada bilangan penonton yang terhad sahaja dalam sesi Malaysia Virtual Experience yang diadakan pada 27 Disember 2020. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested