Selera & Santai 16 Apr, 2021

Terima kasih Aii Suan, empat rakan bukan Islam! Sumbang juadah berbuka puasa untuk anak yatim!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pelajar-pelajar lelaki yang tinggal di Asrama Anak Yatim Perkaya, Jabi di Jertih sedang berbuka puasa


AMALAN bersedekah terutama pada bulan Ramadan sememangnya menjadi rebutan kepada semua umat Islam kerana ingin mendapatkan ganjaran pahala yang lebih pada bulan yang dianggap mulia dan berkat.

Namun ada juga dalam kalangan orang bukan Islam yang tidak mahu melepaskan peluang untuk turut membuat amal dan bersedekah pada bulan Ramadan kerana ingin berkongsi membuat kebajikan selain mencari pahala.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sedekah


Pelajar anak yatim di Asrama Perkaya Jabi, sedang berbuka puasa hari pertama Ramadan


Kira-kira 100 pelajar anak yatim yang tinggal di Asrama Anak Yatim Perkaya di Jabi, dekat Jertih, dikejutkan pada hari pertama berbuka puasa pada Selasa. 13 April 2021 apabila ada pihak yang sedia menyediakan juadah berbuka untuk mereka.

Lima orang bukan Islam dari Jertih, Terengganu menarik perhatian masyarakat setempat apabila mereka muncul menjadi penyumbang pertama menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelajar yang tinggal di asrama tersebut.


Chong Aii Suan


Suri rumah, Chong Aii Suan, 40, selaku ketua kumpulan tersebut berkata, beliau terpanggil untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada anak yatim yang tinggal di asrama tersebut kerana bersimpati dengan nasib pelajar terbabit.

Katanya, walaupun pihak asrama sudah menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar berbuka puasa, tetapi hasratnya untuk menghulurkan sumbangan tidak dihalang oleh pihak pengurusan asrama.


Juadah yang disumbangkan oleh Aii dan rakan-rakan bukan Islam untuk Asrama Anak Yatim Perkaya, Jabi


Beliau yang dikenali dengan panggilan Aii mengakui dia berketurunan campuran Siam dan Cina dan menganut agama Buddha, tetapi akrab dengan ramai kawan bangsa Melayu dan beragama Islam.

“Disebabkan sudah lama bergaul dan bermesra dengan masyarakat Melayu dia tidak kekok untuk mengamalkan budaya orang Melayu,” katanya.


Telur masin antara lauk kegemaran penduduk negeri Terengganu turut disediakan pada majlis berbuka puasa di asrama anak Yatim Perkaya, Jabi.


Aii berkata, rakan lain yang turut memberi sumbangan menjayakan majlis berbuka puasa tersebut termasuklah Arutnothai A/L Foo Chai, Nanda A/P Ehdam, Ah Non A/L Ah Ding, Lim Kuan Thee, Chen E Sit.

Katanya, mereka sepakat menyumbangkan wang dan membeli lauk serta kuih untuk dijadikan juadah berbuka kepada pelajar anak yatim terbabit.

Malah, katanya, ada juga makanan yang disediakan dimasak oleh rakan-rakan daripada kalangan orang Melayu. 


Ikan siakap tiga rasa antara lauk yang disumbangkan oleh Aii dan rakan-rakan


Antara juadah yang disediakan termasuklah singgang tulang dan daging lembu, ikan siakap, telur masin, tembikai, karipap, hotdog dan kek.

Aii berkata, pihaknya membelanjakan RM1,300 hasil sumbangan rakan-rakan baiknya untuk menyediakan juadah berkenaan supaya anak-anak yatim juga dapat menikmati makanan yang lazat ketika berbuka puasa.

“Sebenarnya kami juga ingin membuat kebajikan dan mendapat pahala dengan cara bersedekah pada bulan yang mulia ini,” katanya. - KitaReporters


Hotdog turut disediakan  pada majlis berbuka puasa anak yatim

151
25
6
5
4
You will be interested