PETAI yang dikupas bagi membolehkan peminat membeli dalam kuantiti yang sedikit.
SEBUT sahaja petai mesti ramai peminatnya daripada yang muda sehinggalah veteran kerana petai bukan sahaja boleh dijadikan ulam tetapi juga divariasikan dengan pelbagai resipi.
Namun hari ini, harga buah hutan itu tidak dijual dengan harga murah lagi seperti dahulu menyebabkan pembeli perlu berfikir dua kali untuk menikmatinya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan petai:
https://kitareporters.com/search?search=petai
PROMOSI yang dilakukan bagi membolehkan semua golongan mampu menikmati petai mengikut kemampuan masing-masing. - Kredit Foto Facebook Rob Machado.
Menyedari perkara itu, seorang pengusaha petai, Rob
Machado menerusi akaun Facebook miliknya tampil dengan idea unik dan lain daripada
kebiasaan dengan cara menjual petai dengan cara yang kreatif.
Nak tahu bagaimana Rob menjual petai bagi membolehkan semua pihak merasai kenikmatan buah hutan itu?
Caranya dia membungkus isi petai secara sebiji-sebiji sebelum dikedap udara bagi memberi peluang mereka untuk menikmati selain mengekalkan keaslian buah berkenaan.
HARGA yang ditawarkan mengikut saiz dan kualiti.
Proses yang dilakukan bagi mengekalkan keaslian petai sebelum dihantar kepada pelanggan melalui pos.
Unik kan?
“Sapa tak cukup bajet musim pkp ni yg nak beli petai aku, ni ada aku buat packing kecik2.... sebijik 30sen.... dua biji 50sen,” kongsinya menerusi status di Facebook miliknya baru-baru ini.
Katanya, cara itu bagi membolehkan semua golongan mampu membeli memandangkan harga petai kini mencecah hampir RM200 bagi 100 papan petai. Malah ada dijual RM50 bagi 500 gram petai.
SEDIA diposkan kepada pelanggan.
Huiiii mahalnya!!
Namun dengan idea kreatif itu peminat petai mampu menikmati dan membeli mengikut kemampuan mereka. Menariknya jualan itu boleh diposkan ke seluruh negara.
Wah inilah perlu kreatif dalam berniaga.
Selain menjual secara atas talian pemuda itu turut menjual petai secara pukal. Kongsinya lagi, penjualan secara biji itu mendapat mendapat sambutan kerana lebih mudah dan murah.
Katanya, kini semua orang boleh membeli petai
mengikut jumlah yang mereka perlukan dan kemampuan bajet sendiri.
Terdahulu peniaga yang mendapat bekalan petai dari Cameron Highlands itu menjual petai secara pukal.
Namun kaedah yang digunakan itu menyebabkan ramai yang tak mampu membeli petai memandang harganya terlalu mahal dan kuantiti yang banyak.
“Ramai orang tidak mampu membeli petai saya. Jadi, saya beritahu pekerja saya untuk membungkusnya dalam peket kecil,” kata Rob lagi. - KitaReporters