Selera & Santai 09 Dec, 2020

Video| Angin kencang terbangkan budak! Main layang-layang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEORANG budak lelaki dari Indonesia berdepan detik getir apabila tersangkut pada layang-layang gergasi yang bersaiz tiga kali ganda daripada saiz badannya sebelum diterbangkan dirinya secara tiba-tiba setinggi kira-kira sembilan meter ke udara. Nasib baik budak itu tidak mengalami kecederaan serius. : KitaReporters


DITERBANGKAN ke udara beberapa minit sebelum tercampak ke tanah selepas tali layang-layang terputus. - Kredit foto: BimChannel.


Lagi kisah-kisah berkaitan layang-layang:

https://kitareporters.com/search?search=layang-layang


Memetik laporan dailystar.co, budak berusia 12 tahun dari Kampung Sukoharjo, daerah Pringsewu, Sumatera itu dikatakan sedang bermain layang-layang gergasi berbentuk naga bersama bapanya di sebuah padang yang luas  di kawasan perkampungannya.

Namun disebabkan angin kencang lalu menyebabkan dia diterbangkan ke udara selama beberapa minit dan setinggi sembilan meter.

Menerusi video yang tular kanak-kanak diterbangkan beberapa minit sebelum tali layang-layang berkenaan terputus.



Situasi itu menyebabkan kanak-kanak itu tercampak ke tanah dan mengalami patah beberapa tulang selain luka kecil di anggota badan.

Orang ramai yang berada di kawasan padang itu terus meluru kepada kanak-kanak malang berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Mitra Husada di Pringsewu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Mukim Ambarawa, Sutikno mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah padang luas berhampiran sebuah sekolah di kawasan kampungnya.

“Kelmarin itu ada orang dari Sukoharjo membawa layang-layang besar, diterbangkan di situ tapi tidak tahu bagaimana putus,” kata Sutikno yang dipetik Tribunews.


PANIK orang ramai yang berada di padang terus menghampiri kanak-kanak itu yang terjatuh selepas diterbangkan ke udara ketika bermain layang-layang gergasi yang bersaiz tiga kali ganda daripada saiz badannya.


Sementara itu, kakak mangsa, Acil, 28, menjelaskan adiknya kini beransur pulih, namun masih ditahan di hospital dan menunggu giliran untuk melakukan pembedahan.

“ketika kejadian saya tiada di kawasan itu keranaa sedang berehat di dalam kereta berhampiran kawasan tersebut,” kongsinya.

Katanya, adiknya sering bermain layang-layang di padang berkenaan, namun mungkin disebabkan angin terlalu kencang menyebabkan adiknya diterbangkan ke udara. - KitaReporters

2
2
0
0
0
You will be interested