Selera & Santai 04 Nov, 2020

Aniaya founder kami! Sajat review produk sambil berkemban!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sememangnya dikenali ramai dek kerana isu jantinanya. Terkenal dengan isu-isu kontroversi, usahawan bengkung dan emas ini sehingga sekarang menafikan dirinya dilahirkan sebagai lelaki. Walaupun sering dikecam dan dinasihati, namun ia ibarat mencurah air ke atas daun keladi, sedikit pun tidak terkesan kepadanya. : KitaReporters


Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berdepan dengan isu kecelaruan jantina.


Lagi cerita-cerita berkaitan Nur Sajat:

https://kitareporters.com/search?search=sajat


Namun yang pelik, akaun Instagramnya tetap mempunyai bilangan pengikut yang tinggi iaitu seramai 1.5 juta orang. Malah perniagaannya juga mendapat sambutan.

Jumlah pengikut yang tinggi itu juga memberi kelebihan kepada Sajat untuk membuat review (ulasan) produk-produk milik pelanggan. Terbaharu, Sajat telah membuat ulasan berkenaan satu produk makanan.


Sajat membuat review sambil berkemban sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.


Dalam video yang dikongsikan dalam Instagram (IG), kelihatan dia sedang mempromosikan produk tersebut. Okaylah sebab dia sudah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dibayar oleh pelanggan.

Namun yang tidak bagusnya, cara dia membuat ulasan berkenaan produk itu sambil berkemban sehingga mendedahkan bahagian yang sensitif. 

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen!!



Malah, ada individu yang dipercayai ejen kepada produk tersebut kesal dan marah terhadap Sajat. Menurut ejen tersebut, apa yang dipersetujui tidak dipatuhi oleh Sajat.

“Apoo Sajat ni. Deal lain buat lain. Tak baik tahu. Aniaya founder (pengasas) kami. Hormat sikit. Dah bagi peraturan buat perangai juga,” tulis ejen tersebut.




Manakala seorang penjual produk tersebut mendakwa cara Sajat itu membuatkan mereka berasa malu dan boleh menjatuhkan produk tersebut.

“Ape ni bang Jat. Malu kami sebagai seller rempah Odeen. Dah cakapkan suruh pakai elok-elok, ni berkemban pula. Nak menjatuhkan produk nie ke apa?” soalnya.



Tak pasti sama ada gimik atau sebaliknya, tetapi amanah pelanggan perlulah dilakukan secara jujur seperti mana yang telah dipersetujui.

Buat rujukan pembaca, pada 13 Oktober 2020 lalu, Sajat telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar.

Sajat berdepan 17 pertuduhan membabitkan pemilikan 11 produk kosmetik tidak berdaftar, lima kosmetik tidak bernotifikasi dan satu pertuduhan penjualan yang bukan keluaran berdaftar. - KitaReporters

1
0
1
2
2
You will be interested