Selera & Santai 26 May, 2020

Gara-gara makan puding buih! 20 berhari raya di hospital!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kegembiraan menyambut Aidilfitri kepada penduduk di Kampung Rusila, Marang, Terengganu, bertukar menjadi duka apabila mereka terpaksa berhari raya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana disyaki keracunan makanan. : KitaReporters

Puding buih bercorak tembikai  tersohor di Terengganu. - Gambar hiasan


Kejadian malang yang menimpa penduduk kampung terbabit dikatakan angkara memakan puding buih lalu menyebabkan dipercayai keracunan makanan selepas menikmati hidangan pencuci mulut itu ketika berbuka puasa pada hari terakhir Ramadan pada Sabtu, 23 Mei 2020.

Mangsa yang terkena keracunan itu dikatakan mula sakit perut dan muntah-muntah kira-kira jam 5 pagi 24 Mei 2020 hingga keadaannya menjadi lesu-lesu selepas menikmati puding buih yang menjadi kegemaran penduduk negeri ini. 

Kejadian yang menimpa penduduk kampung itu kemudian menjadi tular dalam media sosial Facebook oleh keluarga mangsa.

Bagaiamanapun, penjual puding buih itu bertindak segera menghubungi mangsa selepas salah seorang ahli keluarga mangsa memuat naik status mengenai perkara itu dalam laman sosial Facebook.

Tular dalam media sosial penduduk keracunan makanan puding susu dan dimasukkan ke hospital HSNZ.


“Dia (peniaga) minta maaf dan mahu memulangkan semula duit, tapi saya cakap sedekahkan saja duit itu kepada masjid,” kata ahli keluarga yang tidak mahu mendedahkan identitinya. 

Katanya,  sedih memang sedih apatah lagi dalam keadaan ramai mangsa yang teruja mahu menyambut hari raya, tapi terpaksa beraya di hospital. 

“Jujurnya saya maafkan dia kerana dia bukan sengaja mahu racun orang. 

"Cuma saya harap kes ini dijadikan iktibar selepas ini peniaga lebih berhati-hati supaya kebersihan makanan terjamin dan tidak berlaku kejadian keracunan makanan,” katanya. 

Pengarah Kesihatan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya telah menerima notifikasi kejadian keracunan pada 24 Mei 2020 melibatkan sejarah memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei 2020. 

Katanya, sehingga jam 12.00 tengah hari pada 25 Mei 2020 seramai  48 orang pesakit  telah dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 20 orang telah dimasukkan ke HSNZ, Kuala Terengganu, di mana salah seorang pesakit terbabit  dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil

Dr Nor Azimi berkata, empat lagi pesakit dimasukkan ke hospital swasta, manakala baki pesakit telah dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, manjoriti pesakit mengalami sakit perut dan cirit birit

“Pihak jabatan masih meneruskan  siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian wabak keracunan makanan dan pesakit lain yang mungkin terdedah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin, 25 Mei 2020. 

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu


Beliau menjelaskan, tatacara keselamatan makanan terutama tahap kebersihan yang tinggi perlu dititikberatkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam.

“Makanan mesti dimakan tidak lebih dari empat jam selepas penyediaanya. 

"Sekiranya ia perlu disimpan, hendaklah dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelak terjadi keracunan makanan,” katanya. - KitaReporters

Puding buih dijadikan pencuci mulut. - Gambar hiasan

2
4
11
1
3
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago