Selera 26 May, 2020

Kes keracunan makanan! Mangsa puding buih meningkat jadi 78!

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin, di Hulu

Share this

KES penduduk Terengganu yang menjadi mengsa keracunan dipercayai berpunca dari menikmati kuih puding buih dilaporkan terus meningkat apabila mereka terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Jumlah mangsa dilaporkan sudah meningkat dari 48 orang kepada 78 orang. : KitaRepoprters

Mangsa puding buih kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu


Ini berikutan selepas penduduk daerah Marang disahkan keracunan selepas memakan puding buih, kini penduduk daerah Kuala Terengganu pula menjadi mangsa terbaharu kes berkenaan

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, sehingga jam 3 petang Selasa, 26 Mei 2020 seramai 78 orang telah disahkan mengalami keracunan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus 


Daripada 74 kes itu yang terdiri daripada 16 keluarga, sejumlah 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu, manakala 12 lagi dari daerah Marang.

Katanya, sehingga kini, seramai 33 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta (lapan orang) dan bakinya 22 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta.

"Jabatan juga turut mengesan ahli keluarga mangsa yang lain dan berjaya menemui 11 lagi mangsa keracunan makanan cuma simptom yang mereka alami tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital," kata Dr Nor Azimi dalam kenyataan pada hari ini, Selasa, 26 Mei 2020.

Puding buih makanan kegemaran penduduk Terengganu- Gambar hiasan


Katanya, sebelum ini seramai 48 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei 2020.

Beliau berkata, pihaknya sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Puding buih makanan pencuci mulut - Gambar hiasan


"Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan sudah kita ambil untuk tindakan lanjut.

"Jabatan juga sudah menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula semalam (25 Mei 2020) hingga 7 Jun 2020 iaitu selama 14 hari," katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa terpaksa menyambut Aidilfitri di wad hospital berkenaan selepas mengadu mengalami cirit-birit, muntah dan demam selepas menikmati puding buih berkenaan.

Sehubungan itu, Dr Nor Azimi berharap, orang ramai perlu sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep  lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi. - KitaReporters

Tip keselamatan makanan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

You will be interested

Tak mahu terus kerugian! Elfira Loy tutup kafe kesayangannya

Elfira Loy menutup kafenya bukan kerana pandemik Covid-19, sebaliknya kerana tidak dapat mengurus perjalanan kafe dengan baik kerana mempunyai komitmen lain

Fauzan Ahmad in Selera 1 week ago

Kenapa Fazley tutup SukaSucre Bistro? Buka pula Minang Tapau

Fazley Yaakob mengumumkan premis SukaSucre Bistro miliknya di Taman Pertama, Cheras telah ditutup. Tapi dia akan membuka SukaSucre Bistro di tempat baharu
Khadijah Ibrahim in Selera 20 hours ago

Ular bawa rezeki? Kini roti canai ular tular dalam medsos!

Kehadiran 'tetamu' tidak diundang memberi idea kepada penebar roti canai, Che Harun Ali untuk mereka sejenis roti canai jenis baharu kepada pelanggannya
Zuhayati Yazid in Selera 2 days ago

Matilanak! Ingat cheese tapi Tupperware emak! Nak jawab apa?

PERKONGSIAN seorang pengguna Twitter mengenai kejadian pinggan Tupperware milik ibunya musnah dek kecuaian dirinya menarik perhatian netizen termasuk selebriti
Zul Akmar Jamaludin in Selera 4 days ago

Bubble Bee kian popular! Pengorbanan Shuib Sepahtu berbaloi!

Bila melihat kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia, pasti ramai yang kata, untunglah Shuib Sepahtu. Tapi setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar
Khadijah Ibrahim in Selera 4 days ago