Selera & Santai 10 Mar, 2024

Video| Perdebatan panas! Berkenaan ikan dori, ikan patin! Sama atau beza? Tapi dua-dua sedap dimakan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Sebut sahaja ikan patin, pasti ramai teringat bandar Temerloh, Pahang yang diberi jolokan bandar ikan patin. 

Terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang, jadi tidak hairanlah kalau bandar tersebut diberi jolokan sedemikian kerana sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia itu merupakan lubuk pelbagai jenis ikan patin.

Ya, ikan patin di Sungai Pahang mempunyai pelbagai spesis iaitu patin juara (pangasius polyuranodon), patin buah (pangasius nasutus), patin muncung (helicophagus waandersii) dan patin lawang (pseudolais micronemus). 

Ikan patin boleh didapati secara liar, sangkar dan kolam. 

Masakan berasaskan ikan patin paling popular ialah masak tempoyak. Ia adalah makanan tradisi orang Pahang terutama di Temerloh. 

Kini ia menjadi kegemaran bukan sahaja oleh orang Pahang tetapi juga dari negeri lain. 


Ikan patin. - Kredit Foto: Google Image

Itu perihal ikan patin. Bagaimana pula ikan dori yang berasal dari Australia Selatan? 

Ikan ini mempunyai badan yang bertompok hitan, bahagian bawah berwarna kekuningan dengan sirip-sirip tajam. Dagingnya berwarna putih dan lembut. 

Paling popular dibuat hidangan dikenali fish & chips (digoreng dengan celupan tepung dan dimakan bersama jejari kentang). Selain itu, kulit ikan ini juga banyak dibuat kerepek yang dikenali sebagai kerepek kulit ikan dori.

Pasti anda pernah makan bukan?


Ikan dori. - Kredit Foto: Google Image


Namun, tahukah anda ikan dori juga dikenali sebagai ikan patin di Asia Tenggara. Ikan dori boleh didapati di laut dan juga sungai. Kalau di laut, ia dipanggil ikan dori John Dory. Manakala kalau dari sungai ia dipanggil ikan patin. 

Sama macam ikan keli dan ikan sembilang.

Secara faktanya ia ikan yang berbeza. Namun, kebanyakan produk berasaskan ikan dori yang dijual di pasaran Asia Tenggara menggunakan ikan patin seperti fish & chips dan kerepek kulit ikan dori. Kebanyakan produk ini dilabel sebagai isi dan kulit ikan dori sedangkan ia adalah ikan patin.




Disebabkan inilah ramai yang keliru mengenai kedua-dua jenis ikan ini. Kekeliruan ini juga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Contohnya perkongsian seorang wanita dalam TikTok berkenaan fakta sebenar antara ikan patin dan dori.

"Bila baru tahu ikan dori itu ikan patin. 25 tahun baru tahu,” tulisnya ringkas mengenai maklumat ikan patin dan dori.

Dalam video yang dikongsi, wanita yang dikenali sebagai Najwa Chery kelihatan terkejut setelah mendapat tahu bahawa ikan dori adalah ikan patin. Video tersebut mendapat lebih sejuta jumlah tontonan dalam hanya satu hari dimuat naik.

Perkongsian itu menimbulkan perdebatan antara netizen. Ada yang mendakwa ikan dori adalah ikan patin dan sebaliknya. 

Tidak kisahlah ikan dori atau patin, kedua-duanya sedap dan boleh dimakan! - KitaReporters


8
17
0
12
0
You will be interested