EMBAK Eyyiq (kanan) bersama temannya makan sate di Warong Putu Sari di Malang, Jawa Timur, baru-baru ini. - Kredit foto: YouTube Embak Eyyip
BARU-BARU ini, heboh dalam media sosial setelah seorang wanita Muslim berhijab yang tinggal di Malang, Jawa Timur, Indonesia dkatakan makan sate babi dengan enaknya bersama dua kawan di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan daging babi.
Melalui sebuah video, wanita terbabit yang dikenali Embak Eyyiq memperlihat dirinya berkunjung di restoran tersebut yang bernama Warong Putu Sari di wilayah itu yang menjadi kelaziman menyediakan masakan daging babi termasuk sate untuk bukan Muslim.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan babi atau khinzir
EMBAK EYYIQ
Dalam video yang dimuat naik oleh Embak Eyyiq, wanita terbabit dilihat memesan menu nasi campur berlauk kriuk kulit babi dan sate babi.
Ketika itu wanita berkenaan datang ke restoran terbabit bersama dua orang rakannya, lapor portal berita detik.com pada 7 Disember 2022 lalu.
Video makanan tersebut dimuat naik dalam YouTube yang bertajuk `Viral! Tes kriuk babi guling terenak di Malang! Warong Putu Sari’. Wanita bertudung itu juga kelihatan sedang makan sate.
EMBAK Eyyiq bersama dua rakannya beragama Kristian di Warong Putu Sari. - Kredit foto: YouTube
Hal tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen menyebabkan ramai yang mengkritik Embak Eyyiq dalam ruangan komenter sehingga ada yang mengingatkan bahawa seorang Islam tidak boleh memakan daging babi.
‘’Paling tidak, kalau ke sana (restoran) hijabnya dilepas dahulu. Seperti mempersenda agama Islam,’’ tulis netizen.
‘’Dia orang Islam pakai hijab pulak tetapi dia terang-terang makan babi seperti itu,’’ kata netizen lain.
Bagaimanapun, Embak Eyyiq melalui video terbaharu dalam YouTubenya berjudul `Tes kriuk babi yang viral - Klasifikasi’ pada 2 Disember 2022 lalu menjelaskan bahawa video sebelumnya (yang pertama) hanyalah semata-mata `clickbait’ yang memperlihat wanita itu memesan makanan haram itu dengan pekerja restoran tersebut.
‘’Jadi saya tolong pesan sate babi untuk dua hidangan non Muslim. Makanya saya tidak makan sate babi tapi yang makan sate babi itu adalah dua kawan saya bukan Islam yang duduk semeja dengan saya,’’ katanya.
Kredit foto: YouTube Embak Eyyiq
Dalam video sebelum ini, wanita terbabit sedang menikmati sate dan ramai netizen menduga sate yang dimakan itu adalah sate babi tetapi sebenarnya sate kambing, kata Embak Eyyiq.
Dalam video itu juga dilihat seolah-olah Embak Eyyiq cuba mengelirukan netizen supaya dia dikatakan makan sate babi di warong itu yang diketahui masyarakat bahawa premis berkenaan sememangnya menyediakan makanan bukan Muslim.
‘’Saya bawa sate kambing dari rumah lagi dan sate kambing itu dibeli semalam dan disimpan di rumah untuk dibawa ke warung itu makan bersama-sama dengan dua rakan saya yang beragama Kristian.
"Memang saya tidak makan sate babi, saya makan sate kambing dibeli di tempat lain tetapi saya cuma memesan dua hidangan sate babi bagi dua rakan saya. Mereka memang makan sate babi sebab mereka bukan beragama Islam,’’ ujarnya. - KitaReporters