Selera & Santai 01 Jan, 2024

Video| Pernah makan telur bakar Kemboja? Sesuai untuk piknik tepi pantai! Resipi yang mesti dicuba!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebut sahaja negara Kemboja, pasti ramai yang masih tergiang-ngiang kata-kata ‘makcik Kemboja’ atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, mengatakan Melayu bangsa pemalas! Kes penghinaan itu akhirnya dibawa ke mahkamah pada awal Disember 2023 lalu.

Walaupun sudah membuat permohanan maaf secara umum, namun tetap meninggalkan parut dalam buat bangsa Melayu. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua warga asing yang mencari rezeki di Malaysia.

Baiklah, kita tinggalkan cerita tersebut kerana bukan itu yang mahu diceritakan di sini. Masih berkaitan dengan negara Kemboja tetapi ia berkaitan dengan makanan dari sana.



Pernahkah anda dengar dan merasai keenakan telur bakar? 

Ya, kalau sebelum ini telur secara ringkasnya digoreng atau direbus. Namun, jarang sekali kita mendengar atau melihat orang membakar telur. Telur yang dimaksudkan di sini ialah telur ayam.

Pasti berlegar-legar dalam fikiran anda bagaimana telur boleh dibakar? Pasti akan pecah dan tumpah! Telur bakar sangat popular di Kemboja. Ia dikatakan sangat enak dan sesuai disajikan ketika berpiknik di tepian pantai.

Terima kasih kepada seorang pengguna TikTok bernama Mai Vo yang berkongsi video resipi telur bakar daripada kawannya bernama Sheila Mony. 

Video tersebut mendapat sebanyak 986.1k tontonan dan 46.3k tanda suka. Kebanyakan yang memberi komen adalah orang Melayu.


Telur ditebuk terlebih dahulu untuk mengeluar dan mengisi isinya dan kemudiannya dikukus sebelum dibakar.


Mai Vo merupakan orang Vietnam campuran Cina dan Champa yang menetap di Pulau Pinang. Malah, dia juga beragama Islam.

Dia gemar berkongsi pelbagai jenis resipi terutama resipi orang Champa dalam media sosial miliknya. Antaranya ialah resipi telur bakar Kemboja.

“Telur bakar ini sesuai dibuat BBQ tepi pantai, bawa makan untuk trip yang jauh, buat piknik dan sebagainya. Kredit to @Shella Mony14,” tulisnya.



Setelah melihat resipi dan cara penyediaan, barulah tahu bagaimana telur yang dibakar itu tidak pecah. Penyediaannya yang unik membuatkan ramai mahu mencubanya. 

“Terjawab persoalan aku macam mana dia bakar tak tumpah telur tu,” tulis salah seorang netizen.

Ada juga netizen yang meramalkan resipi telur Kemboja ini akan menjadi makanan viral di Malaysia.

The next makanan viral akan dijual 1 Malaysia. Tunggu je,” tulisnya.



Namun, ada juga netizen yang terkeliru antara telur bakar dan balut. 

Balut diperbuat daripada embrio telur yang telah disenyawakan yang direbus atau dikukus dan dimakan daripada cangkerang. Ia biasanya dijual sebagai makanan jalanan terutama di Filipina, Kemboja dan Vietnam. 

Jadi, telur bakar dan balut adalah makanan yang berbeza. - KitaReporters


16
11
0
15
0
You will be interested