Selera & Santai 03 Apr, 2023

Sembang-Sembang| Tip nak jimat belanja! Guna pakai semula hiasan lama! Bersihkan dan hias semula!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Aidilfitri bakal tiba. Tentu banyak yang dipikirkan oleh suri rumah bagaimana hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini. Selain baju baharu, kuih muih hiasan rumah juga perlu. 

Apapun dalam keadaan ekonomi yang merosot sekarang, adalah lebih baik berjimat. Tak payah membazir dengan membeli yang baharu.

Apa kata kita recycle yang sedia ada dan masih boleh digunakan. Cuma diberi wajah baharu dengan kos yang sedikit. 

Contohnya bunga-bunga hiasan, langsir, pagar rumah, grill, balang kuih dan sebagainya. Asalkan rajin dan bijak mengurus masa semua akan menjadi dengan sempurna. 



Caranya mudah sahaja.

Bunga-bunga hiasan dari plastik yang ada dan masih elok boleh dicuci. Masukkan dalam baldi dan rendam dalam masa 3 atau 4 jam atau sehari semalam. 

Masukkan sedikit sabun serbuk. Setelah itu boleh bersihkan mengguna spunch. Kemudian jemur. Sudah kering boleh digubah semula mengikut trend terkini.

Anda cuma beli spunch baharu untuk mengubah semula bunga tersebut. 

Jika bunga yang tidak boleh dicuci dengan air, maka boleh spray sahaja. Buat beberapa kali sehingga anda berpuas hati. 



Begitu juga dengan balang kuih. Jika dahulu balangnya tidak berhias, tahun ini boleh dihias dengan meletakkan reben atau manik di keliling penutupnya. Ataupun bunga-bunga yang berkenan di hati. 

Modalnya juga kecil berbanding membeli yang baharu. 

Langsir juga boleh dicuci. Tidak salah guna yang lama tetapi dicuci bersih supaya nampak baharu. 

Juga hiasan-hiasan lain seperti pasu hiasan yang comel, gambar dan lain-lain. Semuanya boleh dicuci dan dibersihkan. Cumanya rajin atau tidak sahaja. 

Pintu pagar dan grill juga boleh diberi wajah baharu dengan dicat semula dengan warna yang lebih menarik. Warna yang menceriakan mata memandang. 

Ajak anak-anak cucu bergotong royong mengecat. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan keluarga tetapi juga mengeluarkan peluh pada bulan Ramadan ini. 



Apapun terpulang pada kemampuan diri masing-masing. Yang ada lebih tidak masalah membeli yang baharu. Kepada yang kurang mampu mungkin idea saya boleh diguna pakai. 

Selain berjimat kos untuk baik pulih dan guna pakai semula juga mampu untuk kita menyambut Aidilfitri dalam suasana riang dan bersyukur. 

Saya memilih untuk recycle kerana rezeki yang ada lebih baik digunakan untuk membeli barangan perlu untuk menjamu anak cucu dan tetamu di Aidilfitri nanti. 

Jumpa lagi dalam catatan akan datang. - KitaReporters


9
11
0
11
0
You will be interested