Selera & Santai 01 Apr, 2023

Video| Semoga berjaya Pak Nil! Nak buka restoran masakan Melayu di Madinah! Cari lokasi, tukang masak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Selebriti popular Datuk Aznil Haji Nawawi, lebih dikenali sebagai Pak Nil, 60, bercadang memperkembangkan bidang perniagaannya dengan membuka restoran makanan Melayu di Madinah  tidak lama lagi. 

Ini memandangkan ramai kaum Melayu menunaikan haji dan umrah di Tanah Suci tetapi kekurangan tempat makanan Melayu berbanding makanan Indonesia dan India.

Hasrat untuk membuka restoran makanan Melayu di Arab Saudi itu membuak-buak selepas mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini.




Buat permulaan dia bercadang membuka restoran di Madinah kerana tiada restoran Melayu di bandar itu. Dia akan ke Madinah dalam waktu terdekat bagi mencari lokasi yang sesuai.

Dalam masa yang sama Aznil sedang mencari mencari tukang masak Melayu yang sesuai untuk bekerja di Madinah di samping krew pengurusan di sana.

Dia juga  mencari rakyat Malaysia yang berada di Madinah sebagai pelajar untuk menjadi pekerja sambilan. 

Selain itu Aznil juga bercadang membeli rumah di sana bagi memudahkan urusan penginapan.

Menurut Aznil dia memang ada hasrat untuk menetapkan tinggal tetap di Arab Saudi bagi menghabiskan hari-hari tuanya. Namun hasratnya dibatal kerana tidak sanggup berpisah dengan anak-anak dan adik beradiknya di Malaysia.

Di samping itu dia juga masih laris dengan kerjayanya sebagai pengacara majlis dan selebriti TV. Justeru bila restorannya sudah beroperasi nanti, Aznil akan berulang alik Malaysia-Arab Saudi. - KitaReporters


4
15
0
14
0
You will be interested