Selera & Santai 21 Mar, 2025

Opah Ngomel| Video| KA stres, moyok? Sebab derhaka resipi! Masakan hangus! Kena buat kelas tambahan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this

.

Watch on TikTok


Profesor cef dah stres ni, kena minta tambahan sijil sakit atau tukar sekolahlah.


"Untuk Khairul Amin (KA) saya buat tidak jadi. Saya tahu semua bahan resepi tapi malas untuk membuatnya dan dalam satu video itu,ada seekor tikus sedang melompat dalam kuali dengan kata-kata, saya tak ikut resepi, ia datang sendiri." 

Itu adalah antara nota alasan memasak tidak jadi, hasil kelas memasak segera yang dibuat sempena Ramadan.

Kali pertama tahun ini 2025, KA  buka kelas masak dengan dia sendiri menjadi "profesor cef" menyelidik, membeli resepi dan memcuba pelbagai teknik untuk membimbing "pelajarnya" memasak di rumah. 

Gempaknya, sampaikan "kelas" bolehlah kita senaraikan sebagai pelajar paling kelam kabut dalam sejarah kelas dalam online.  

Macam-macam keletah dia dan pelajarnya, sampaikan KA beri alasan hendak tukar "sekolahlah", hendak sambung sijil sakit sebab "pening-pening". Malah dalam satu sesi tu, ada senarai pelajar yang kena ulang!



Bukan wanita saja mencuba masakan bahkan ada juga bangsa lain, anak-anak kecil yang menghantar video menunjukkan mereka sedang memasak. Yang lucunya ada tu, saja-saja buat video yang di"tag"kan dengan KA dengan komen,  saya malas memasak. Biar saya masak yang lainlah. Pelajar itu masak mi segera.

Mereka memberi alasan lucu sebab memasak tidak menjadi itu. Nota itu macam yang dihantar oleh pelajar kepada gurunya dengan alasan tidak munasabah untuk ponteng sekolah, yang membuatkan satu masa itu, KA demam dan pening.

Dia juga mengadu tidak cukup rehat sampai  terasa macam dapat "tekanan jiwa"  kerana gelagat  "pelajarnya" yang banyak gagal itu kerana ada pelajar kelas memasaknya, tiada asas memasak.



Sudahlah ada kelas dalam talian khusus malah kena pula buat kelas tambahan lagi, KA berusaha keras untuk membimbing orang ramai berhemat belanja bagi menjimatkan belanja dapur.  

KA turut memberitahu bahan resepi secara terperinci dan sukatan bahan-bahannya. Ukur dan suruh jangan "derhaka pada resipi".

Namun majoriti "pelajar" kelas bimbingan "profesor cef" KA, riuh dalam TikTok sebab banyak yang gagal,  juadah "hancur" dan kuali hangus,  "takde rupa" masakan "kuih koyak rabah". Ada alu lesung patah! . Tu juga yang diviralkan.




KA terima dengan redo kerana alasan, "pelajarnya" terbahagi kepada beberapa tahap. 

Ada yang tidak pernah masuk dapur, setahun sekali masuk dapur, ada yang cuba mengubah resepi itu mengikut cara mereka sendiri, yang tidak jadi itu sebab tak pandai kawal api besar-kecil, masak patut 10 minit jadi lebih masa, gantikan loyang dengan plastik dan tukar bahan santan ganti dengan susu.



Ini adalah antara asam garam sepanjang tiga minggu masyarakat Islam berpuasa. 

DIY atau buat sendiri masakan di rumah berdasarkan resepi yang disediakan oleh pengasas Sambal Nyet dan Daging Dendeng Khairulaming yang menceriakan sepanjang Ramadan sejak 2 Mac 2025 lalu selain kisah percintaan sambil promosi pakaian raya oleh pasangan Yang Berhormat Syed Saddiq Abdul Rahman dengan Dayang Bella Astillah

Khairulaming dilaporkan membayar sejumlah wang yang besar bagi membeli resepi yang kebanyakan adunan tradisional serta moden, Barat dan tempatan. Dia juga mengajar penyediaan seringkas mungkin. 

Biasalah, yang tidak menjadi itu, banyak diviralkan atau masuk for your preview (FYP).


Pak Nil jadi buat kek tapi soalan pengacara banyak betul.


Abg Wee buat jadi.



KA berkata sejak berbulan-bulan lamanya dia menjalankan penyelidikan dan bangga kerana ramai terutama orang muda yang sudah berminat mahu "masuk dapur" untuk mencuba resepi. Sejak lapan tahun terbabit dalam bidang masakan, tahun ini agak luar biasa dan menghiburkan dengan gelagat "pelajarnya".

Sampaikan pengacara terkenal, Aznil Nawawi (Pak Nil) pun turut terjebak dengan membuat kek cokelat. Coleteh Pak Nil yang memang pakar dengan pertanyaan itu nampaknya agak sukar dijawab dan memang boleh buat KA tambah pening. 

Apapun kelas percuma itu memang lucu. Kalau orang lama, lucu spontan ini pernah ada dalam siri drama televisyen, Mind Your Language oleh Mr Brown, sama saja yang dialami oleh KA. Dari kelas memasak menjadi kelas masak tak jadi!.

Bagaimanapun, kelas memasak itu adalah sumbangan terbaik KA kerana dia sempat memberitahu netizen, pada tahun lalu 2024 syarikatnya berjaya memperolehi RM42 juta hasil jualan produk Sambal Nyet dan Daging Dendeng. 

Tahun ini dia dijangka mengembangkan perniagaan dengan membuka kilang ketiga tidak lama lagi. - KitaReporter


 

12
10
0
10
0
You will be interested