Selera & Santai 05 Sep, 2023

Sembang-Sembang| Trend berkhemah eratkan kasih sayang keluarga! Jom ke hutan, tepi pantai dan sungai!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Suasana perkelahan di Pantai Telok Kemang, Port Dickson


Hujung minggu yang mendamaikan. Melihat orang ramai berhimpun merayakan hari kemerdekaan dengan membawa keluarga hati berkata, bersemangat sungguh rakyat Malaysia! 

Bersorak riang menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 sambil melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", satu fenomena yang sangat membanggakan. . 
Bertambah seri dengan percikan bunga apiā€¦ berwarna-warni pelbagai rupa. Itu cerita malam Merdeka yang sempat saya lihat di Dataran Merdeka. 
Cerita menjelang merdeka dan selepas cuti lain pula suasananya. 

Matahari terbenam di Pantai Bersih Bagan Ajam, Seberang Perai.


Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur saya dan anak cucu sempat meluangkan masa melihat matahari terbenam di Pantai Bersih Bagan Ajam, Seberang Prai. 
Walaupun jam menunjukkan pukul 6 petang orang ramai sudah memenuhi kawasan pantai. Ramai yang membawa khemah. Keluarkan kerusi meja dan atur makanan. Kemudian makan beramai-ramai sambil bergurau senda. 
Yang lelaki dan kanak kanak-kanak pula ada yang memancing. Kaum ibu pula memimpin tangan anak bermain pasir di pantai. 
Suasana yang menyejukkan mata memandang. Budak-budak motor pula ada tempat mereka sendiri. Duduk jauh dari mak cik dan pak cik. Pelbagai ragam orang bersantai. 
Sebaik matahari menyembunyikan diri ramai beransur meninggalkan pantai. Namum malam terus hidup dengan aneka jualan makanan dan cenderahati yang memeriahkan suasana. 

Demikian juga yang saya perhatikan di Port Dickson pada Ahad, 27 Ogos 2023 lalu. Orang ramai memilih untuk berkhemah dan berkelah sepanjang pantai. 

Khemah-khemah tumbuh macam cendawan..berwarna warni.. pelbagai rupa. Meja kerusi tersusun di hadapan khemah dengan hidangan yang macam-macam. 
Dalam hati berkata. Ini cara baru orang kita bercuti bersama keluarga. Biarpun di Barat sudah lama diamalkan. Menarik apabila kita juga buat perkara yang sama. 
Jemu tidur di hotel, chalet dan homestay, molek kita tukar angin berkhemah di hutan, tepi pantai dan sungai pula. 

Buka but juga sudah jadi trend keluarga bersantai 


Apapun saya kagum dengan perubahan ini dalam usaha memupuk semangat kekeluargaan yang jitu dalam kalangan ahli masyarakat.  

Solat bersama, makan bersama, buat kerja bersama dan keluar bersama akan membantu keluarga lebih bertanggungjawab antara satu sama lain. 

Selain itu juga boleh menguatkan mental dan fizikal setiap ahli keluarga supaya lebih komited membina keluarga bahagia. 
Orang sekarang sanggup berhabis wang untuk membeli peralatan camping yang lengkap demi memenuhi impian menjadikan berkhemah sebagai hobi terkini. Tambah menarik dapat memasak dan buat BBQ di tempat berkhemah. 
Apapun bukan cara yang membawa bahagia tetapi bagaimana kita melaksanakan cara tersebut dan bersatu hati yang menghasilkan bahagia. 
Jika anda bercadang untuk bercuti atau menghabiskan masa hujung minggu dengan lebih menarik cuba idea di atas. Penambahbaikan untuk menambah kegembiraan keluarga ikut kreativiti sendiri 
Ingat, bahagia perlu  dicari bukan dinanti. Selamat berlibur!! - KitaReporters

Berkhemah di hutan juga mencabar 

11
6
0
12
0
You will be interested