
Pengunjung berpeluang melihat sebuah helikopter yang dipamerkan di Festival Udara Taiping.
Walaupun keadaan cuaca yang panas, Festival Udara Taiping (FUT) terus mendapat tumpuan pengunjung untuk melihat beberapa pameran agensi kerajaan dan penjualan makanan yang berlangsung di Lapangan Terbang Tekah, Taiping sejak 31 Julai 2025.
Festival yang bermula pada 31 Julai itu berakhir pada 3 Ogos 2025 memberi peluang kepada orang ramai untuk membawa ahli keluarga melihat helikopter dan pesawat ringan yang dipamerkan. Selain itu turut menyaksikan persembahan pentas oleh beberapa artis.
FUT kali ini dijangka menarik 50,000 pengunjung berbanding 40,000 pengunjung pada tahun lalu (2025).

Beberapa keluarga membawa anak-anak untuk melihat pesawat ringan yang dipamerkan di Lapangan Terbang Tekat, dekat Taiping.
Tinjauan
yang dibuat mendapati kebanyakan pengunjung datang sekeluarga dengan membawa
anak-anak bagi melihat pameran di ruarai yang ada. Selain dapat melihat demontrasi
helikopter mendarat dan berlepas, pameran pesawat ringan, demontrasi
penerbangan Micolight dan sebagainya.
Seorang
pengunjung Shukor Ahmad, berkata, dia membawa anak-anak untuk melihat pesawat
ringan dengan lebih dekat.
“Anak-anak
saya begitu teruja apabila melihatnya dengan jelas berbanding ditayangkan di
televisyen dan akhbar,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian FUT
2025 di Lapangan Terbang Tekah, Taiping pada 2 Ogos 2025.
Majlis
perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Wong yang
juga Ahli Parlimen Taiping berkata, lapangan terbang Tekah merupakan lapangan
terbang pertama yang bersejarah kerana dibuka pada 1929.
Menurutnya,
program ini memberikan peluang pendidikan dan pengetahuan kepada pengunjung.
Wong
berkata, selain lapangan terbang, Taiping mempunyai 33 tempat yang pertama dan mempunyai
nilai sejarah dan warisan di negara ini.
Selain itu, katanya, penganjuran program ini dapat membantu mempromosi industri pelancongan di Taiping dan harapan ia dapat diteruskan pada tahun depan.

Dalam
perkembangan lain, Wong berkata, bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) kini menjadi pilihan anak-anak dan ibu bapa.
Beliau
berkata, ini terbukti apabila lebih 60,000 permohonan diterima untuk memasuki Kolej
Vokasional di seluruh negara.
“Ini
membuktikan keyakinan generasi muda terhadap TVET yang kini bukan menjadi
pilihan kedua.
“Kita nak pastikan graduan TVET memiliki kepakaran yang diperlukan di pasaran,” ujarnya. - KitaReporters