Selera & Santai 11 Oct, 2022

Video| Pekerja warga Bangladesh ajak cef Fazley makan malam bersama! Masakan sedap, banyak, mahal!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Perkongsian chef celebriti terkenal, Fazley Yaakob yang terharu keikhlasan sekumpulan pekerja warga Bangladesh menjemputnya untuk makan malam bersama dengan lauk-pauk disediakan raih pujian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh Fazley Yaakob, beliau berkongsi telah diundang oleh kawan lamanya seorang warga Bangladesh bernama Yusuf serta rasa terharu dengan pelawaan dan memuji keenakan air tangan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan makanan


“Dalam keadaan yang serba kekurangan mereka tetap siapkan masakan berasaskan salmon, udang (banyak udangnya!), ayam kampung, telur dan brocolli. Bukankah mahal-mahal semua itu?

“Sebak hati saya, tapi saya tahan dan senyum. Besar hati mereka jamu saya makan, menangis hati saya melihat keikhlasan mereka semua.

“Syukur Alhamdulilah rezeki daripada Allah buat kami semua! Terima kasih banyak kawan-kawan baru saya! Terutama Yunus! Tukang masak hebat,” kongsinya dalam laman Instagram.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji sikap rendah diri Fazley menerima jemputan mereka dan ada yang berkongsi pengalaman menikmati masakan warga Bangladesh yang sememangnya pandai masak.



“Alhamdulillah, nikmat rezeki Allah beri pada Dato. Dirai sesama Islam walaupun berlainan bangsa dan negara,” kata @airtangansuzie.

“Bagusnya Dato, sangat merendah diri, patutla mak saya minat Dato,” jelas @thesyuhaidasharip.

“Saya berjiran dengan orang Bangladesh. Setiap kali mereka masak, masyaallah baunya sungguh enak. Setiap kali bertembung mesti mereka memberikan salam,” tulis @zurinafarid. -  KitaReporters


13
13
0
12
0
You will be interested