Selera & Santai 18 May, 2020

Gulai kawah PKP! Untuk penduduk Kpg Amir Hilir, Kota Putera

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

GULAI kawah adalah lauk atau gulai yang cukup sinonim dalam kalangan penduduk Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu. Kebiasannya ia disediakan untuk majlis kenduri kendara atau perkahwinan. Namun kini gulai kawah banyak dijual dan dihidangkan di kedai makan atau gerai-gerai serta restoran. : KitaReporters

Gulai kawah popular dikalangan penduduk Kelantan dan Terengganu


Asalnya gulai kawah dimasak di dalam kawah besar dengan menggunakan kayu api. 

Gulai kawah mengambil masa yang lama untuk dimasak supaya daging benar-benar mesra dan meresap dengan gulainya. 

Keistimewaan gulai kawah adalah pada rempahnya. Rempah gulai kawah disediakan khas untuk memasak gulai kawah dan hanya dijual di negeri-negeri berkenaan sahaja.

Bagaimanapun, pengemar gulai kawah yang ingin menikmati lauk berkenaan tidak perlu lagi menunggu musim kenduri kahwin kerana sempena Ramadan dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia dijadikan sebahagian sumbangan kepada penduduk negeri ini.

Tukang masak sedang memasuk gulai kawah ke dalam bekas plastik untuk diagihkan kepada penduduk 


Ini kerana sepanjang Ramadan tahun ini, banyak pihak yang tampil memasak gulai kawah untuk dijadikan bahan sumbangan sebagai lauk berbuka puasa yang diagihkan percuma kepada penduduk negeri ini. 

Penduduk Kampung Amir Hilir dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut, Terengganu antara yang bertuah kerana menerima agihan bekalan lauk gulai kawah dari pemimpin kawasan itu. 

Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman, meluangkan masa turun padang bersama sukarelawan untuk mengagihkan lauk berkenaan kepada penduduk kawasan itu. 

Tugasnya, tidak keseorangan sebaliknya ia turut dibantu oleh Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi mengagihkan juadah berbuka puasa berkenan.

 

Mohd Nurkhuzaini sedang mengagihkan gulai kawah kepada penduduk


Menerusi program turun padang di kampung itu sebanyak 250 bekas gulai kawah diagihkan kepada isi rumah penduduk Kampung Amir Hilir hasil daripada kutipan sumbangan orang ramai. 

“Mungkin pemberian ini tidak seberapa, namun besar nilainya bagi mereka yang kurang berkemampuan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera

Mohd Nurkhuzaini (depan kanan) bersama Jawatankuasa MPKK  berjalan kaki dari rumah ke rumah mengagihkan gulai kawah


“Terima kasih kepada semua petugas dan ahli Jawatankuasa MPKK yang komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Mudah-mudahan usaha baik ini mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini disisi Allah,” katanya. - KitaReporters


Tip untuk membuat gulai kawah :

Bahan A

  • 500 gram daging lembu
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 keping asam gelugur
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Bahan B (dikisar)

  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu the jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 1 inci lengkuas

Bahan C (menumis)

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuat

  1. daging dipotong kecil. Kemudian dibasuh dan ditoskan
  2. panaskan minyak kemudian tumis bahan tumisan sehingga wangi
  3. masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga wangi dan pecah minyak
  4. masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
  5. apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam, dan gula merah
  6. masak sehingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
  7. Tutup api dan hidangkan.

6
1
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago