BAYANGKAN lepas ni kita masuk kedai Mamak!.. kasi Dalgona satu!.... eh apa tu?... tunggu saja selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, nama kopi ini mesti satu lagi trending di kedai mamak serata negara. Kemudian di restoran Tealive, Starbuck dan gerai tepi jalan orang dah tak minta teh tarik satu...atau Nescafe ais lagi. Kasi saya satu Dalgona ya!... : KitaReporters
Kredit foto: Dami Lee Angeles Times
Apapun yang pastinya sapaan selama ini mamak, teh tarik satu!....roti canai kasi banjir, lebih dua minggu ini dah hilang apatah lagi hendak ke kedai mamak pun sudah tidak dibenarkan sehingga 14 April 2020.
Itu pun kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak disambung untuk kali kedua!!
Sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac 2020 bermakna hampir 30 juta rakyat Malaysia dikerahkan `berkurung` di rumah dan `gigit` jari sebab mereka tidak melepak di restoran dan kompleks beli-belah untuk menonton pertandingan bola, bertemu rakan niaga, berjumpa kekasih dan `buang masa` sambil perkena secawan teh tarik.
Ini dah masuk hampir 14 hari sekatan sudah ada yang mula bosan berada di rumah.
Sebabnya selepas pejabat sebelum sampai di rumah, ada yang perkenakan secawan minum petang hingga makan malam.
Kopi Dalgona...apa tu...sedap ke?
Sebenarnya ada cara untuk menceriakan hari-hari `berkurung` kerana ramai netizen yang memuat naik pelbagai idea bagi menghilangkan bosan.
Setakat ini yang paling viral adalah menikmati Kopi Dalgona.
Dari orang biasa sehingga artis Adam Corrie pun terjebak memuat naik hidangan ini dalam medsos (media sosial).
Beberapa hari lalu ada netizen yang memuat naik minuman Nescafe blend yang dicampur susu cair dan ais. Kalau biasa, kita sebutlah nescafe susu ais saja.
Maka mana asal Dalgona ni?
Sebenarnya ia sejenis manisan Korea Selatan yang diperbuat daripada Nescafe, gula dan serbuk penaik (baking powder).
Kita hanya perlukan ais, serbuk kopi atau Milo, gula, susu cair dan air panas untuk menikmati secawan kopi Dalgona ini.
Serbuk Nescafe itu dicampurkan gula dan air panas kemudian dikacau sama ada menggunakan garpu atau mixer (pembancuh) sampai jadi gebu berbuih.
Lepaskan itu tuangkan susu cair itu bersama ketulan air dan masukkan buih Dalgona itu, kacau dan nikmatikan bancuhan Dalgona buatan di rumah.
Air panas, gula dan Nescafe yang dikacau sampai buih gebu.
Resipinya :
- 2 atau 3 sudu serbuk Nescafe
- 2 atau lebih sudu gula pasir
- 1 cawan susu cair
Caranya :
- Masukkan serbuk Nescafe, gula dan dua atau tiga sudu air panas dalam mangkuk.
- Dengan menggunakan alat pembancuh (mixer) atau sudu, kacau bahan ini sampai warna bertukar menjadi coklat dan berbuih gebu.
- Masukkan susu cair itu ke dalam gelas dan kuib air batu.
- Ambil bancuhan Nescafe itu masukkan ke dalam gelas itu dan kemudian kacau supaya minuman itu menjadi sebati.
- Anda boleh juga menggunakan milo atau serbuk colkat lain sebagai ganti. - KitaReporter
Cubaan Adam Corrie buat Dalgona coffee.