Sisca Kohl (kiri) dan adiknya Aliyyah Kohl menunjukkan Nasi Goreng Tocher Tocher yang menjadi tular kerana mencecah harga Rp200 juta (RM56,500) sepinggan. - Kredit foto: Video TikTok @siscakohl.
PERCAYAKAH anda hanya sepiring nasi goreng harganya boleh mencecah hingga mencapai RM56,500? Nasi goreng apa sebenarnya ni. Campuran bahan yang macam mana digunakan untuk memasaknya sehingga semahal itu.
Tentu semua orang nak tahu dan pastinya ingin mencuba nasi goreng luar biasa dan lain daripada yang lain ini.
Kalaulah ini suatu kenyataan tentulah ramai orang yang ingin cuba merasai keenakkan nasi goreng berkenaan. Tentu rasanya berlainan sama sekali dengan yang sedia ada dijual oleh ramai peniaga.
Malahan ramai yang ingin berniaga nasi goreng yang menggunakan menu tersebut kerana pendapatannya lumayan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nasi goreng
Sisca Kohl menunjukkan Nasi Goreng Tocher Tocher yang tular dalam media sosial.
Ceritanya bermula melalui sebuah video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok akaun milik @siscakohl, lapor portal berita Tribun.com pada Rabu 31 Mac 2021 bila selebriti TikTok, Sisca Kohl dan adiknya Aliyyah Kohl mengejutkan orang ramai mengenai kandungan video mereka.
Melalui paparan video itu, Sisca dilihat sedang memasak nasi goreng yang dinamakannya Nasi Goreng Tocher Tocher luar biasa , yang lain daripada yang lain, kerana dia dan adiknya membelanjakan hingga 400 juta Rupiah (Rp) (kira-kira RM113,000) untuk dua piring.
Tapi harga tersebut datang sekali dengan gerai jualan nasi goreng berkenaan.
Inilah Nasi Goreng Tocher Tocher hasil inovasi Sisca Kohl yang menjadi tular kerana nilainya mencecah Rp200 juta sepinggan.
Malahan Sisca dan adiknya melalui paparan tersebut dilihat berada di hadapan sebuah gerai jualan dan dia sendiri memasak nasi goreng berkenaan.
Katanya, dia dan adiknya memang gemar dan sangat suka makan nasi goreng.
Bahan-bahan yang digunakan Sisca sebenarnya merupakan ramuan daripada bahan-bahan biasa yang digunakan untuk membuat nasi goreng, tetapi dengan keseimbangan campuran bahan yang ada dengan bahan perasanya menjadikan rasanya sedap dan enak.
Aliyyah Khol membayar Nasi Goreng Tocher Tocher secara tunai bernilai Rp200 juta (RM56,500) sepiring.
Pada mulanya, dia membuat nasi goreng untuk dirinya sendiri. Bagaimanapun kemudiannya ditempah oleh adiknya dengan menyerahkan dua ikat wang kertas Rp100,000 (RM28.00) yang semua bernilai Rp200 juta (RM56,500).
Disebabkan rasa nasi goreng yang dimasak kakaknya sedap, Aliyyah Kohl selepas itu memesan sepiring lagi dan terus membayar dengan harga yang sama Rp200 juta dengan menggunakan wang kertas Rp100,000 juga.
Namun sehingga ini, kata pihak Tribun.com masih belum mendapat pengesahan mengenai kesahihan wang tunai yang digunakan oleh kedua-dua orang adik beradik berkenaan.
Nasi Goreng Tocher Tocher versi Sisca Kohl dalam proses disiapkan.
Disebabkan kegemaran makan nasi goreng, Sisca dengan jujur berkata, dia membeli gerai jualan nasi goreng itu sekali kerana untuk memudahkan buatnya memasak masakan nasi goreng tersebut.
Sisca Kohl dan adik perempuannya Aliyyah Kohl yang dianggap sebagai selebriti TikTok popular dan menjadi tular melalui beberapa buah videonya dalam melakukan gaya kehidupan golongan mewah.
Sebelum ini, dia pernah memuat naik video yang menunjukkan buah strawberi dengan harga Rp1.2 juta (RM340).
Juga Sisca pernah menunjukkan kelainannya makan mi segera bersama tepung goreng. Malahan dia juga turut memukau orang ramai melalui videonya membuat aiskrim berperisa nasi emas.
Selain memuat naik video dalam aplikasi TikTok, Sisca dan adiknya aktif memaparkan kreativiti mereka dalam media sosial Instagram dan YouTube. - KitaReporters
Aliyyah Kohl gembira menerima Nasi Goreng Tocher Tocher yang disiapkan oleh kakaknya Sisca Kohl.
Aliyyah Kohl menikmati keenakan Nasi Goreng Tocher Tocher masakan Sisca Kohl.
Aliyyah Kohl (hadapan) memesan Nasi Goreng Tocher Tocher versi Sisca Kohl.