Selera Santai 02 Aug, 2021

Sarawak sedia rancakkan semula pelancongan! Fokus kepada budaya, pengembaraan, alam semula jadi

@khadijah mohamad nor
Pernah berkhidmat sebagai Wartawan Eksekutif di akhbar Kosmo! selama hampir 14 tahun. Berpengalaman dalam penulisan rencana, sukan, berita dan luar negara. Graduan Universiti Teknologi Mara dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka Tesktil.

Share this

Sarawak kaya dengan keindahan flora dan fauna selain dikenali sebagai negeri bumi Kenyalang. - Kredit Foto Lembaga Pelancongan Sarawak


SEBAIK sahaja kerajaan memberi 'lampu hijau' bagi aktiviti rentas daerah dan negeri kelak, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) merupakan antara agensi yang sentiasa bersedia dalam mengatur strategi untuk mengembalikan kegemilangan industri pelancongan di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, pihaknya optimis bahawa industri pelancongan akan kembali mendapat rentaknya tidak lama lagi hasil daripada perkembangan kejayaan program vaksinasi negara.

Malah, STB juga giat melaksanakan pelbagai inovasi bagi memastikan industri pelancongan di Sarawak kekal bertahan dalam tempoh yang sukar ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sarawak

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berharap industri pelancongan domestik akan pulih tidak lama lagi. 


"Sejak pandemik Covid-19 melanda sekali gus menjejaskan ekonomi negara termasuk industri pelancongan, STB telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan impak kepada pemain industri pelancongan tempatan. Antaranya ialah Kempen Sia Sitok Sarawak, Dana Ekosistem Pelancongan Dalam Talian Sarawak dan Pakej Insentif Pengunjung," jelasnya.  

Dana Ekosistem Pelancongan Dalam Talian Sarawak merupakan program pemangkin untuk memperluaskan jejak Digital Pelancongan Sarawak dengan memberi insentif kepada pemain industri untuk pembangunan dan penyelenggaraan laman web, penyediaan isi kandungan dan pengiklanan digital yang bertumpukan pelancongan di negeri itu.

Manakala Pakej Insentif Pengunjung pula bertujuan untuk membantu membangunkan semula industri pelancongan di Sarawak selepas pandemik. Ia merupakan insentif untuk membantu agensi pelancongan menarik kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa.

"Selain itu, sebagai usaaha untuk merevitalisasi sektor pelancongan Sarawak pada tempoh mencabar ini, kami telah melancarkan Kempen Pelancongan Antara Negeri Sarawak, Sia Sitok Sarawak V1.0 pada 17 Ogos 2020. Melihat kepada kejayaan kempen ini yang telah menjadi satu jenama, Sia Sitok Sarawak V2.0 turut dilancarkan pada April 2021

"Bagaimanapun, kita perlu berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila kebenaran melancong dibuka semula kelak," jelasnya. 


Laman web Lembaga Pelancongan Sarawak yang boleh diakses oleh orang ramai untuk mengetahui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di negeri itu.


Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Sarawak turut terjejas ekoran pandemik. Statistik menunjukkan, Sarawak mencatatkan kejatuhan teruk sebanyak 93.95 peratus bagi tempoh Januari-Mei 2021 dengan jumlah kemasukan pelancong seramai 56,278 berbanding 930,056 pada tempoh yang sama pada tahun 2020.

Namun, jika kerajaan membuka sempadan daerah dan membenarkan aktiviti rentas daerah, aktiviti pelancongan domestik dapat dirancakkan semula. 

Tambah Sharzede, STB tidak pernah berhenti untuk mempromosikan Sarawak dengan memberi penekanan kepada budaya, pengembaraan, alam semula jadi, festival, makanan dan juga konsep Pelancongan Bertanggungjawab

Ujarnya, promosi berterusan ini penting bagi menarik keinginan pelancong untuk berkunjung ke Sarawak dan menjadikan negeri itu antara senarai teratas apabila industri pelancongan domestik dibuka semula. 

Sarawak sebuah negeri yang memiliki taman negara dan dikenali dengan inisiatif ekopelancongan yang mempromosikan keindahan flora dan fauna yang menjadi nadi kepada bumi Kenyalang ini. 


Gambar menunjukkan seekor spesies monyet yang mengendong anaknya yang terdapat di Sarawak, sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian biologi serta flora dan fauna. 


"Konsep pelancongan lestari membantu Sarawak mengekalkan dan melindungi kepelbagaian biologi yang terdapat di negeri ini untuk tatapan generasi akan datang.

"Bermula tahun ini, STB telah mengambil beberapa langkah untuk mencipta kelestarian dalam industri pelancongan. 

"Selain itu pada tahun 2019 hingga 2020, STB telah mengadakan bengkel khas melibatkan 3,177 peserta daripada 23 buah homestay. Melalui bengkel ini, mereka mempelajari cara pengurusan sisa pepejal secara lestari dan kemahiran membuat sabun," katanya. 

Dalam pada itu, STB juga berharap dapat menganjurkan festival-festival muzik secara fizikal pada tahun hadapan kerana festival muzik Sarawak mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Sepanjang tahun ini, dua festival muzik Sarawak iaitu Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Jazz Borneo telah diadakan secara maya dan berjaya menarik sehingga 140,000 tontonan dari 80 buah negara

Untuk maklumat lanjut, layari https://stb.sarawak.gov.my - KitaReporters


Seorang kanak-kanak berketurunan Iban yang dirakam memakai persalinan tradisional di sebuah rumah panjang. 

0
0
0
0
0
You will be interested

Ulang tahun kemerdekaan ke-64! 64 Jalur Gemilang hiasi gerai kuih keria Che Nah di Changlun!

Sebanyak 64 jalur gemilang dipilih untuk hiasi Gerai Kuih Keria Gula Melaka Che Nah, Changlun bersempena 64 tahun kemerdekaan Malaysia - Nur Azwaadiey Rosli

Keistimewaan anak, telur kerengga jadi umpan pancing! Tak hirau digigit kerengga demi kepuasan!

Kehadiran sarang kerengga mungkin dilihat sebagai penganggu tapi bagi kaki pancing, sarang itu sering dicari untuk dapatkan anaknya untuk jadi umpan memancing
Mohamed Sa'ari in Selera Santai 4 days ago

Kreatifnya Che Gayah! Barang kitar semula digubah jadi hiasan! Mampu jana pendapatan sampingan!

Suri rumah, Rogayah Abdullah, 61, dari Kampung Endah, Banting kreatif hasilkan kraf tangan daripada barangan terpakai atau buangan sebagai usaha kitar semula
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Selera Santai 5 days ago

Apa jadi? Akibat layan telefon, getah seluar terjahit pada baju! Cerita Geng Minat Menjahit!

Tak tahu la nak gelak ke nak nangis, Akibat sambil menjahit, sambil layan henfon (telefon bimbit), Getah seluar terjahit pada baju - Grup FB Geng Minat Menjahit
Rashidah Ibrahim in Selera Santai 1 week ago