Selera & Santai 08 Apr, 2025

Menangi hadiah eksklusif! Pertandingan video kreatif TikTok hari raya @ Zoo Taiping & Night Safari!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this


Zoo Taiping & Night Safari menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif TikTok Hari Raya 2025 yang akan berlangsung dari 31 Mac hingga 14 April 2025.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai berpeluang untuk menunjukkan kreativiti mereka dengan merakam video bertemakan hari raya di Zoo Taiping & Night Safari.

Khairul Amir berkata, untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu merakam sebuah video kreatif yang menampilkan suasana atau elemen hari raya di kawasan Zoo Taiping.

Beliau berkata, video tersebut hendaklah dimuat naik ke akaun TikTok peribadi peserta bersama hashtag rasmi #ZooTaipingRaya2025 dan #RayaZooTaiping, serta peserta perlu mengikuti akaun rasmi TikTok Zoo Taiping & Night Safari.

“Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu video sahaja, dengan durasi antara 15 saat hingga 1 minit.

“Kandungan video mestilah berunsurkan hari raya dan tidak mengandungi sebarang elemen sensitif atau tidak sesuai,” katanya.

Menurut beliau, pemenang bakal menerima hadiah eksklusif daripada Zoo Taiping & Night Safari. 

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk beraya bersama haiwan-haiwan menarik sambil merakam momen kreatif anda. 



Sementara itu,  Khairul Amir turut berkata, bermula 1 Jun 2025, MPT tidak lagi membekal dan menerima pakai kupon fizikal bagi pembayaran penggunaan petak letak kereta di seluruh kawasan operasi Majlis.

Dengan tamatnya penggunaan kupon fizikal itu bermakna penggunaan kupon secara digital akan dikuatkuasakan sepenuhnya. 

Katanya, pelanggan yang masih mempunyai baki kupon fizikal boleh menghabiskannya sehingga tempoh akhir kupon tersebut.

“Individu atau syarikat yang ingin menjadi ejen kupon digital boleh membuat permohonan melalui aplikasi Park@Perak dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada 8 April 2024. - KitaReporters


Khairul Amir Mohamad Zubir

10
21
0
10
0
You will be interested