Selera & Santai 10 Jun, 2025

Besar dan cantik! Mural jadi tarikan rai Aidiladha, cuti sekolah! Ada mural gergasi, mural dinding!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Lukisan mural gergasi di tengah padang Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi di Butterworth, Pulau Pinang.


Antara famili yang turut mengunjungi kawasan lukisan mural gergasi di Bandar Butterworth.


Seringkalinya apabila tiba Aidilfitri atau Aidiladha, balik kampung sudah pasti menjadi nawaitu yang pertama. Begitu juga bagi famili Nuratikah dan Mohd Fauzi dari Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka pulang ke Butterworth, Pulau Pinang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama famili dan menyertai majlis korban pula yang diadakan di Kulim, Kedah pada 9 Jun 2025.

Namun begitu kesempatan menyambut Aidiladha kali ini turut diraikan dengan mengunjungi lukisan mural gergasi di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, di Butterworth. 

Yang menariknya lukisan mural yang tinggi dengan corak tradisi dapat dilihat dari jarak jauh dengan begitu jelas. Manakala Lorong Bagan Luar pula dihias begitu cantik dengan warna-warni lokasi sejarah dan bangunan.


Sebahagian daripada lukisan mural di Lorong Bagan Luar, Butterworth.

Keluarga Nuratikah dan Mohd Fauzi dari Ampang, Kuala Lumpur yang turut mengambil kesempatan mengunjungi lukisan mural tersebut. Muhammad Adam Nasrullah Mohd Fauzi berdiri dua dari kanan).

Muhammad Adam Nasrullah Mohd Fauzi ketika ditemui berkata, ia begitu teruja sekali melihat lukisan mural gergasi di Buttetworth.

Katanya, lukisan mural yang ada di Lorong Bagan Luar ini boleh dilihat dengan jelas dari jauh kerana warnanya yang menarik dan kedudukannya yang tinggi.

"Lukisan mural dengan foto berlatarbelakang penarik beca, Masjid Kapitan Keling dan Komtar sepanjang laluan ini amat menarik dan memberi banyak pengetahuan.

"Ini kali pertama saya dan famili bertandang ke lokasi menarik ini dan lukisan muralnya memang cantik," ujar Muhammad Adam ketika ditemui.


Antara laluan yang telah sedia dilukis dengan lukisan mural.


 

Keluarga Mohd Mustaqim bersama famili juga pertama kali mengunjungi lokasi lukusan mural tersebut. Muhammad Akif Akmal Mohd Mustaqim berdiri di depan, kanan sekali.


Sementaraitu, Muhammad Akif Akmal Mohd Mustaqim, 7, ketika ditemui turut kagum dengan lukisan mural yang ada di sekitar laluan Lorong Bagan Luar.

Dia menyifatkan lukisan mural yang dilihatnya amat menarik kerana saiz dan ketinggiannya amat jauh bezanya daripada lukisan mural yang pernah dilihatnya sebelum ini.

"Lukisan mural ini memberi satu semangat kepada saya kerana saya begitu meminati lukisan dan tertarik dengan semua lukisan mural yang ada di sini (Butterworth).

"Gambar dan lukisan feri Pulau Pinang, Boria serta rama-rama dan pemandangan yang lain amat cantik dan menarik sekali.

"Lukisan dan foto sekeling laluan ini menunjukkan betapa menariknya laluan yang telah berjaya diwarnakan dengan pelbagai rekaan yang menarik," kata Muhammad Akif ketika ditemui.


Satu lagi lukisan mural gergasi. 


Antara pengunjung yang turut mengambil kesempatan mengunjungi lukisan mural tersebut.

Lukisan mural setinggi bangunan dua tingkat ini letaknya bersebelahan dengan bangunan UMNO bahagian Bagan. 

Selain itu terdapat juga lukisan mural gergasi di tengah padang  berdekatan Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi dan ia dapat dilihat dengan jelas dari jauh.

Usaha ini merupakan projek tahun 2024 Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) serta telah diserahkan kepada Majlis Bandar Raya Seberang Perai (MBSP).

ukisan mural yang dilihatnya kali ini amat menarik kerana saiz dan ketinggiannya amat jauh bezanya daripada lukisan mural yang pernah dilihatnya sebelum ini.

"Lukisan mural ini memberi satu semangat kepada saya kerana saya begitu meminati lukisan dan tertarik dengan semua lukisan mural yang ada disini," katanya. - KitaReporters


Satu lagi lukisan mural sedia ada. 

17
14
0
7
0
You will be interested