Selera & Santai 21 Feb, 2020

BELAJAR MASAK, KELAK BOLEH JADI USAHAWAN

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this
Aroma hidangan dari  Timur Tengah terutamanya nasi Arab kian mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Di mana sahaja terdapat restoran nasi Arab, maka dipenuhi dengan pengunjung yang mahu menikmati nasi yang beraroma herba Arab dan lauk pauk seperti ayam dan kambing yang amat lembut dan berperisa. : KitaReporters.com


Menyedari kenakan nasi Arab dan kedatangan bulan Ramadan tidak berapa lama lagi, maka lebih 22 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Kursus Memasak Nasi Arab di restoran nasi Arab yang terkenal di Arau, Perlis iaitu Restoran Nasi Arab Cikgu Mi.

Restoran Cikgu Mi menyajikan aneka hidangan, antara yang menjadi tarikan seluruh rakyat negeri Perlis dan pelancong adalah hidangan nasi Arab dan mi rebus "handmade". 

Pengarah program, Nur Ain Maisarah berkata penglibatan mahasiswa dalam kursus masakan ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman kepada mahasiswa memasak sendiri nasi Arab, tetapi ia mampu membuka peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka sendiri.

Katanya, memandangkan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) terdiri dari pelbagai bangsa dan negara, permintaan hidangan nasi Arab yang tinggi mewujudkan pasaran yang luas dalam UUM, sekali gus membuka peluang perniagaan. 


Kata Nur Ain lagi, kursus ini adalah salah satu inisiatif Kelab Patriot Chapter Perlis bagi menjaga kebajikan mahasiswa UUM dengan menjana idea perniagaan dalam kalangan mereka.

"Kami yakin dengan usaha yang dijalankan ini membuktikan mahasiswa tidak perlu mengharapkan wang PTPTN dan keluarga sahaja, malah dapat melahirkan usahawan dalam kalangan kami," sambungnya lagi.

Nur Ain menambah mahasiswa perlu bijak dalam mengurus dan merancang hala tuju kehidupan mereka dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Mereka katanya tidak perlu menunggu memperoleh segulung ijazah di dalam tangan baru mula merancang, tetapi perancangan mereka perlu bermula dari sekarang. 

Segala pengalaman kehidupan mahasiswa di universiti akan membantu mereka bersaing dalam alam pekerjaan kelak, yang diketahui sangat kompetitif. - KitaReporters.com

 

 

5
0
0
0
0
You will be interested