Selera & Santai 03 Sep, 2022

Syabas! Keluarga Malaysia masih amal budaya rewang, gotong-royong! Bukti kesatuan hati semua rakyat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bangga dan teruja dengan program ‘Kenuri’ Rakyat kerana beliau dimaklumkan, penyediaan makanan untuk jamuan program tersebut diadakan secara rewang atau gotong-royong oleh anak-anak jati penduduk setempat.

"Dalam program ‘Kenuri’ Rakyat ini, saya dimaklumkan, penyediaan makanan untuk jamuan diadakan secara rewang atau gotong-royong oleh anak-anak jati Padang Terap. Syabas kerana amalan ini masih lagi menjadi satu tradisi di banyak kawasan di Daerah Padang Terap ini. 

"Saya juga dimaklumkan kesemua lapan Penghulu Mukim dan JPKK bertungkus-lumus melakukan menyediakan jamuan ‘Kenuri’ Rakyat ini, bermula dengan menumbangkan 10 ekor lembu, melapah daging, menyediakan semua ramuan, memasak sehinggalah selesai juadah yang terhidang pada hari ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gotong royong


"Saya begitu teruja melihat kemeriahan suasana ‘Kenuri’ Rakyat ini. Jelas kelihatan keceriaan warga Keluarga Malaysia Padang Terap yang hadir, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua," kata Ismail Sabri pada Progam Kenuri Rakyat Keluarga Malaysia @ Padang Terap pada Jumaat, 2 September 2022 di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap di Kedah.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menerajui penganjuran program ini, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Kerajaan Negeri Kedah, serta warga penduduknya. 

"Terima kasih juga kepada penglibatan semua jabatan dan agensi serta pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang baik secara langsung atau sebaliknya dalam majlis ini, sekali gus menunjukkan kesatuan hati Keluarga Malaysia," kata Perdana Menteri lagi. - KitaReporters



Teks ucapan Dato’ Seri ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri sempena Progam Kenuri Rakyat Keluarga Malaysia @ Padang Terap pada Jumaat, 2 September 2022 di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah :


1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia @ Padang Terap pagi ini, sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah. 

2. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menerajui penganjuran program ini, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Kerajaan Negeri Kedah, serta warga penduduknya. 

3. Terima kasih juga kepada penglibatan semua jabatan dan agensi serta pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang baik secara langsung atau sebaliknya dalam majlis ini, sekali gus menunjukkan kesatuan hati Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

4. Dalam program ‘Kenuri’ Rakyat ini, saya dimaklumkan, penyediaan makanan untuk jamuan diadakan secara rewang atau gotong-royong oleh anak-anak jati Padang Terap. Syabas kerana amalan ini masih lagi menjadi satu tradisi di banyak kawasan di Daerah Padang Terap ini. 

5. Saya juga dimaklumkan kesemua lapan Penghulu Mukim dan JPKK bertungkus-lumus melakukan menyediakan jamuan ‘Kenuri’ Rakyat ini, bermula dengan menumbangkan 10 ekor lembu, melapah daging, menyediakan semua ramuan, memasak sehinggalah selesai juadah yang terhidang pada hari ini. 

6. Saya begitu teruja melihat kemeriahan suasana ‘Kenuri’ Rakyat pada pagi ini. 

7. Jelas kelihatan keceriaan warga Keluarga Malaysia Padang Terap yang hadir, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 

8. Terima kasih saya ucapkan kepada semua!



Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

9. Masyarakat luar bandar termasuklah di negeri Kedah ini  seharusnya bersyukur dengan pembangunan luar bandar yang semakin rancak dilaksanakan. 

10. Tahniah saya ucapkan kepada KPLB dan agensi-agensi di bawahnya termasuk KEDA, FELCRA, RISDA, KEMAS dan MARA yang terus-menerus menyumbang bakti dalam memastikan agenda pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan jayanya. 

11. Saya gembira melihat pelbagai projek pembangunan di Daerah Padang Terap ini berjaya meningkatkan keselesaan dan taraf hidup para penduduk di sini. Usaha berkenaan telah menampakkan hasil yang begitu membanggakan. 

12. Secara keseluruhan, Kerajaan melalui KPLB dan KEDA telah melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan mencecah hampir RM2 bilion di Kedah terutamanya kawasan luar bandar.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

13. Bercakap tentang pembangunan di Padang Terap, pada bulan Februari (2022) yang lepas, saya telah merasmikan projek Kedah Rubber City (KRC). 

14. KRC merupakan sebuah projek berimpak tinggi nasional dan taman perindustrian berasaskan produk getah yang pertama dibangunkan di daerah Padang Terap, melibatkan keluasan tanah kira-kira 1,244 ekar dalam dua fasa pembangunan. 

15. Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), sebagai agensi pelaksana, juga komited untuk terus menyumbang dan memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah amnya dan Daerah Padang Terap khususnya melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti KRC. 

16. Pembangunan ini telah berjaya menarik kemasukan pelaburan swasta berjumlah RM3.1 bilion dan mewujudkan sebanyak 830 peluang pekerjaan. 

17. Setakat ini, NCIA juga berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan bersepadu yang berteraskan rakyat di Padang Terap yang memberikan limpahan manfaat kepada seramai 2,236 ahli Keluarga Malaysia di daerah ini. 

Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

18. Selain melaksanakan projek pembangunan, Kerajaan juga melabur dalam pembangunan modal insan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa terutamanya di luar bandar, sebagai contoh, mengadakan 47 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan 11 Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Padang Terap, di sini. 

19. KEMAS turut menawarkan pelbagai kelas-kelas kemahiran seperti kelas komputer, jahitan, masakan dan bina insan yang memberi manfaat yang besar kepada golongan belia di daerah Padang Terap ini. 

20. Penyedia program pembangunan modal insan seperti MARA turut mengadakan pelbagai kursus kemahiran di sini melalui GiatMARA Padang Terap. 

21. Di samping itu, penyediaan akses pendidikan berkualiti pada peringkat matrikulasi dan asasi melalui program menaik taraf infraktuktur orang kelainan upaya (OKU) di Kolej MARA Kuala Nerang, dijangka akan memberi manfaat kepada 100 pelajar OKU. 

Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

22. Saya amat berharap program seperti ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membolehkan agensi-agensi berkaitan dapat bersama-sama turun padang bagi mendekati rakyat. 

23. Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan Keluarga Malaysia yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini dan sama-sama memeriahkan ‘Kenuri’ Rakyat. 

24. Akhir kata, suka saya menjemput semua Keluarga Malaysia untuk hadir ke Stadium Darul Aman bagi memeriahkan pelbagai program dan aktiviti yang disediakan dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah mulai hari ini (2 September) sehingga 4 September (2022) ini. 


8
17
0
11
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago