Laman Facebook Tuan Pang
TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, abang-abang dan kakak rider adalah mereka yang paling sibuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Akibat daripada sekatan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan.
Kalau nak diikutkan bermacam-macam kisah penghantar makanan yang sering kita dengar antaranya dikejar anjing, angsa, bermandi hujan dan peluh dan sebagainya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghantar:
https://kitareporters.com/search?search=penghantar
Kredit foto: Mee Goreng Hassan Tengkera
Mi Bodo yang popular di Melaka.
Namun pada masa PKP ni ada kisah menarik yang dikongsi oleh seorang rider yang bernama Nazarrudin Abdullah dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka. Kisah beliau diceritakan melalui hantaran Facebook beliau sendiri dengan nama Tuan Pang.
Tuan Pang sebagai runner menghantar "mi bodo" kepada pelanggan.
Sewaktu beliau hendak menghantar makanan tersebut kepada pelanggan di kawasan berdekatan, beliau melalui satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Semabok, Melaka.
Ketika beliau diberhentikan oleh anggota polis yang bertugas, ada anggota yang bertanyakan pada beliau apa yang dibawanya.
Dengan spontan beliau membalas dengan menjawab “mi bodo”.
Oleh kerana jawapan spontan yang diberikan, anggota tersebut bertanya soalan yang sama dan tetap jawapannya “mi bodo”.
Sekatan Jalan Raya yang dilakukan sewaktu PKP. - Kredit foto: Astro Awani
Oleh sebab itu, beliau diarahkan untuk ketepi dan anggota tersebut meminta beliau untuk membuka peti penghantar makanan.
Tuan Pang menerangkan yang beliau membawa mi bodo dan mi goreng tersebut adalah dikenali dengan mi bodo dan bukan bermaksud untuk membalas jawapan dengan ayat yang kurang sopan.
“Kau hantar apa ni?" Soal anggota polis.
"Saya bawak mi bodo, nama makanan ni mi bodo," ujar beliau.
“ooohh aku ingat kau bodohkan aku,” celah anggota tersebut.
Dialog tersebut dinaikkan melalui hantaran Facebook beliau dan menjadi perhatian para warga netizen.
Ini adalah kali pertama beliau sebagai runner secara sambilan dan ketika SJR sedikit sebanyak membuatkan beliau agak cemas kerana kali pertama berhadapan situasi seperti itu sebagai seorang penghantar makanan.
Beliau tidak berniat dan bermaksud apa-apa dengan menjawab soalan yang ditanyakan oleh anggota tersebut.
Biasalah awal pagi, mestilah masih dalam keadaan “blur”. Beliau juga meminta maaf kerana tidak bermaksud lain daripada itu.
Selepas melalui sekatan jalan tersebut beliau meneruskan perjalanan dan berfikir mungkin anggota tersebut bukan berasal atau menetap di Melaka dan kebanyakan orang-orang Melaka tahu kewujudan mi bodo tersebut.
Kerja sebagai runner hanyalah sementara, setelah keadaan sekarang pulih sedikit beliau akan kembali kerja utama beliau sebagai peniaga makanan menjual burger dan steamboat. - KitaReporters