SEMEMANGNYA Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikenali dengan sikap baginda yang mesra dan berjiwa rakyat. Walaupun sentiasa dengan penampilan tegas namun hakikatnya baginda sebenarnya seorang yang kelakar dan sangat merendah diri. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Sultan Johor:
https://kitareporters.com/search?search=Sultan+Johor
Terbaharu, melalui perkongsian dalam laman Facebook, baginda sanggup meluangkan masa memasak Lamb Chop untuk hidangan tengah hari ini pada 17 November 2020 di Istana Flintstones, Mersing.
Lebih menarik dan melucukan ialah penampilan kali ini menggunakan apron watak-watak kartun Minion berwarna kuning.
Gelagat berkenaan membuatkan netizen yang menyaksikan video berkenaan memuji dengan pilihan Tuanku.
Kredit foto-foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Nampak comel sangat Tuanku!
Baginda Tuanku Sultan berkemahiran memasak pelbagai menu makanan yang turut dikongsi bersama kakitangan Istana.
Sememangnya, baginda sangat meminati dunia masakan dan sering turun ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk dihidangkan kepada rakan-rakan yang mengunjungi ke istana.
Malah, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan terhibur dan teruja dengan kehebatan baginda ketika beraksi di dapur.
Video dalam Facebook dan Instagram Sultan Ibrahim itu mendapat lebih 20,000 tanda suka hanya dalam masa beberapa jam selepas dimuat naik ke laman sosial itu.
Beruntungnya siapa dapat merasa air tangan Tuanku.
Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik serta berpanjangan dan terus melindungi rakyat! Ampun Tuanku!! : KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar