Selera & Santai 06 May, 2020

Ramai ‘kunyit’? Grup FB SMAHI kena fitnah bernafsu songsang!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SATU group dalam Facebook bernama Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) telah diwujudkan bagi kaum lelaki berkongsi resipi mudah dan juga berkongsi gambar hasil masakan sendiri. Walaupun ada antara mereka yang berkongsi hasil masakan yang tidak menjadi, namun ada sesetengah lelaki sememangnya berbakat dalam masakan. : KitaReporters


Selain itu, kelainan yang ada pada grup ini ialah tidak membenarkan golongan wanita untuk menjadi ahlinya

Peraturan itu membuatkannya berbeza berbanding dengan grup sedia ada seperti Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN).

Namun, timbul ketidakpuasan hati seorang netizen perempuan sehingga mengeluarkan tuduhan berbau fitnah terhadap ahli grup SMAHI.

Menurut netizen wanita berkenaan, sebab grup tersebut tidak menerima ahli wanita kerana ahli-ahlinya terdiri daripada lelaki bernafsu songsang atau gay!

“Pehh ramai kunyit dalam grup ni. Patutlah tak approve perempuan,” tulisnya disertakan sekali dengan gambar hasil tangkap layar (screenshot) menunjukkan salah seorang ahli grup SMAHI sedang memasak dengan menayangkan tubuh badan yang sasa.

Tuduhan yang dilemparkan oleh seorang wanita terhadap ahli grup SMAHI.


Maklumlah lelaki berbadan sasa sering dikaitkan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Tuduhan wanita itu telah ditangkap layar oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Fauzan yang kemudiannya berkongsi dalam grup SMAHI.

“Kita difitnah gaisss,” adunya dalam grup SMAHI.

 

Hanya kerana berbadan sado, ada ahli grup ini difitnah sebagai golongan LGBT. 


Rata-rata ahli grup tersebut berang dengan tuduhan tidak berasas itu. Malah ada yang mendakwa wanita tersebut dengki dengan grup berkenaan.

“Dia dengki sebab tak reti masak tu. Dia nak cedok resipi kita tak dapat, jadi terpaksalah buat macam tu,” tulis salah seorang ahli grup SMAHI.


Macam-macam hal sejak dua menjak ni. 

Grup yang diwujudkan dengan tujuan berkongsi resipi, akhirnya bertukar menjadi medan perang mulut dan fitnah-memfitnah.

Tengok apa jadi dengan grup MATJHN, semakin ramai ahlinya yang meninggalkan grup kerana tidak tahan dengan kutukan dan penghinaan ke atas makanan. - KitaReporters

1
3
5
1
0
You will be interested