Majlis resepsi perkahwinan biasanya cuba dilakukan semeriah mungkin untuk memberi keselesaan kepada para tetamu.
Biasanya selain hidangan asas, turut disaji ialah hidangan tambahan seperti daging bakar dan beberapa makanan dan minuman tambahan.
Namun sebuah majlis resepsi di sebuah dewan mewah iaitu Villa Srimanganti, Ciracas di Jawa Timur, Indonesia ini membuat kelainan.
Bukan makanan mewah dihidang, sebaliknya mi segera disajikan.
Mi segera yang diguna adalah jenama Indomie iaitu jenama terkenal di Indonesia. Ia mempunyai pelbagai perasa yang boleh dihidang secara rebus atau goreng.
Selain beberapa gerai disediakan, turut terdapat beberapa petugas yang menyediakan mi segera yang sudah siap untuk dihidang dan dijamah oleh para tetamu.
Foto dan video dimuat naik oleh akaun TikTok @villa_srimanganti pada Rabu, 28 Disember 2023 dan terus tular dengan lebih sejuta tontonan.
Terdapat sejumlah netizen yang memuji mengadakan cara hidangan resepsi sedemikian yang menjimatkan belanja.
Mungkin cara majlis resepsi sedemikian boleh dipraktik di negara kita. - KitaReporters
Tags: