Selera & Santai 05 Oct, 2025

Jom kenali taman-taman Putrajaya! Putrajaya Park Day tarik 15k pengunjung! Untuk riadah, rekreasi!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: [email protected]

Share this

PUTRAJAYA ialah sebuah bandar yang dibangunkan dengan konsep Bandar Dalam Taman selain bangunan-bangunan bercirikan reka bentuk ikonik. Ia memiliki 13 taman yang memberikan suasana segar dan tenang kepada penghuni dan pengunjungnya.



Taman-taman di Putrajaya mempunyai karakter dan jiwa tersendiri yang menonjolkan kepelbagaian dan keunikan setiap satunya.

Daripada keunikan itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan Putrajaya Parks Day (Hari Taman-Taman Putrajaya) bagi memperkenal dan mempromosikan taman-taman awam di sekitar Putrajaya dan menjadikannya pusat tarikan pelancongan domestik serta antarabangsa.


Larian santai sejauh tujuh kilometer memeriahkan sambutan Putrajaya Park’s Day 2025.


Diilhamkan daripada World Parks Day (Hari Taman-Taman Sedunia) yang disambut di kebanyakan negara maju setiap tahun, Putrajaya Park’s Day adalah usaha bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan di taman-taman awam Putrajaya bagi tujuan riadah dan rekreasi.

Bertemakan "Raikan Belia, Menginspirasikan Masa Depan", Putrajaya Parks Day 2025 dari 27-28 September 2025 di Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanya sesuatu mengenai bunga orkid yang terdapat di Laman Anggerik ketika mengunjunginya sempana Putrajaya Park’s Day 2025.  


Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud berkata, pemilihan tema bagi penganjuran kali ini bagi menzahirkan komitmen PPj untuk menggalakkan pembabitan belia dalam membina masa depan yang lestari, sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDG). 

Beliau berkata, acara dua hari itu telah menyasarkan kehadiran lebih 15,000 pengunjung yang meliputi pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Aerodance dengan penyertaan daripada IPTA dan IPTS seluruh negara bersama UTM cawangan Selangor.


Pengunjung membanjiri Putrajaya Park's Day 2025 untuk melihat pelbagai reruai yang mengambil bahagian.  


"Ada Kayak Race di Tasik Taman Botani dalam kategori Sprint 200 meter dan Endurance 10 kilometeri oleh GCT serta larian ikonik She Run 2025 dengan jarak 7 kilometer.

"Pada waktu malam, acara Singgah Seni bakal menghidupkan suasana dengan pelbagai persembahan artis jemputan dan acara kesenian.

"Pengunjung boleh mencuba aktiviti lasak di Zon Fit Fun seperti zipline, tree climbing dan sling shot manakala Zootopia menawarkan pengalaman mesra keluarga bersama petting zoo oleh Farm in the City, joyride oleh Taman Ekuestrian Putrajaya dan Laman Rusa," katanya.  

Suasana karnival turut dimeriahkan dengan food truck, jualan pokok dan buah-buahan segar oleh FAMA Negeri Selangor, pameran oleh Putrajaya Holdings, Peoples Market, pemeriksaan kesihatan percuma oleh KKM seta banyak aktiviti lagi.  


Nabil Ahmad, Pak Azad dan Kak Lina Pom Pom memeriahkan sambutan Putrajaya Park’s Day 2025 di Taman Botani, Putrajaya.


Acara itu mendapat sokongan pelbagai rakan strategik termasuk Putrajaya Holdings Sdn Bhd selaku penaja utama bersama UTM cawangan Selangor, Farm in the City, Escape Park Putrajaya, Decathlon, Astro, FAMA, Wetland Studio Putrajaya.

Selaras dengan aspirasi CHASE City, katanya Putrajaya Parks Day 2025 menjadi platform mengukuhkan jaringan komuniti, mempromosi bandar mesra alam serta memberi semangat kepada generasi muda agar lebih aktif dalam melindungi alam sekitar.

"Dengan kemasukan percuma, Putrajaya Park 2025 memberi peluang orang ramai menikmati cuti hujung minggu dalam suasana penuh keriangan dan inspirasi di Taman Botani Putrajaya," katanya. - KitaReporters


Dr Wan Azizah sempat mengunjungi Laman Madani untuk melihat keindahan taman itu sempena Putrajaya Park’s Day 2025.

11
10
0
15
0
You will be interested