Selera & Santai 13 Apr, 2023

Anda peminat kopi! Pameran produk makanan, minuman dan kafe artisan kembali! 25 hingga 27 Mei 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


International Café & Beverage Show (ICBS) 2023 (Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa 2023), pameran utama bagi produk makanan, minuman dan kafe artisan, kini kembali ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 25 hingga 27 Mei 2023. 

Di samping itu, ‘Roasters Pavilion’ (Pavilion Pengeluar Kopi Panggang) juga kembali untuk menyediakan cara yang menjimatkan kos bagi syarikat-syarikat pengeluar kopi panggang lebih kecil untuk mengetengahkan perisa kopi unik masing-masing. 

Pavilion tersebut ialah tempat yang ‘wajib dikunjungi’ di ICBS 2023, di mana pengunjung boleh mencuba antara kopi paling kreatif dan inovatif yang dihasilkan oleh lebih 15 syarikat yang menyertai pameran.

Josh Teo, Pengarah HisBrew, salah satu daripada syarikat pengeluar kopi panggang yang menyertai ‘Roasters Pavilion’ di ICBS 2023, berkata, “Sebagai Syarikat Pengeluar Kopi Panggang Istimewa dari Malaysia, ICBS bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk berkongsi wawasan dan kopi kami dengan pasaran, tetapi juga membantu kami berhubung dengan individu (seangkatan yang turut hadir), untuk berkongsi idea dan bekerjasama demi menambah baik dan memajukan industri kopi di Malaysia.” 

ICBS 2023 dan Cafe Culture Malaysia, tapak direktori kafe terbesar di negara ini, turut meraikan barista (pembancuh minuman) yang menyediakan setiap cawan dengan sepenuh hati dalam satu pertandingan khas di mana peserta berpeluang memenangi alat-alat barista bernilai sehingga RM1,900 daripada Dankoff Coffee Specialist. 

Pertandingan tersebut kini sudah bermula dan untuk mengambil bahagian, layari https://cafeculture.my/icbs2023-x-cafe-culture-barista-giveaway/. 

Acara ini terbuka kepada semua barista Malaysia dan tiga pemenang akan dipilih. Para pemenang seterusnya akan dicalonkan untuk menyertai Barista Highlight Series di laman web Cafe Culture dan @cafeculturemy.



Christopher McCuin, Pengarah Urusan Montgomery Asia, penganjur acara berkata, “Kami berbangga kerana sudah mengesahkan penyertaan 90% daripada sasaran peserta pameran kami dan permintaan bagi baki 10% ruang masih tinggi. 

"Kami teruja dengan sambutan positif kepada ICBS 2023 setakat ini, dengan lebih daripada 250 jenama dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Australia, Belanda dan Itali turut serta. 

"Memandangkan acara akan dimulakan secara rasmi dalam masa 6 minggu, kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia, peserta kafe serantau dan antarabangsa dan juga penggemar kopi tempatan pada 25 Mei.”

Selain daripada pameran, penganjur (Montgomery Asia) telah sekali lagi berganding bahu dengan Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA) untuk menganjurkan pertandingan separuh akhir dan akhir Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8. 

Barista ‘juara kebangsaan’ (dalam tiga kategori – Kejohanan Barista Malaysia Gigi Coffee 2023, Piala Pembuat Kopi Malaysia Falcon Coffees 2023 dan Kejohanan Seni Latte Malaysia Gigi Coffee 2023) akan mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia (WCC) 2024.

Mengulas mengenai MNCC, Kelvin Ngow Wai Hng, Presiden Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA), menambah, “Debaran kian memuncak memandangkan kita semakin menghampiri tarikh Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8 di ICBS 2023.

"Pada tahun ini, 76 barista telah menyertai peringkat awal MNCC. Seramai 12 barista dalam setiap satu daripada tiga kategori telah melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir, di mana mereka akan bersaing untuk menjadi ‘juara kebangsaan’ dan mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia 2024.” 

Di pameran tahun ini (2023), Montgomery Asia akan memperkenal siri pendidikan bertajuk "Cafe Talk @ ICBS 2023", yang akan melibatkan 14 bengkel dan ceramah sepanjang pameran. 

Antaranya termasuk bengkel daripada Barista Guild Asia, yang akan menganjurkan dua kursus – ‘Pengenalan Kopi’ bagi mereka yang benar-benar berminat dengan dunia kopi yang lazat dan mahu memahami cara untuk menyediakan kopi yang hebat dan juga ‘Anda nak buka kafe?’, yang disediakan untuk sesiapa yang mahu membuka kafe tetapi tidak pasti di mana selok-beloknya. 

Dankoff Coffee Specialist juga akan menganjurkan ‘Bilik Pancaindera Bersama DC Academy’, yang membolehkan peserta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti perisa dan aroma kopi dan teh. 



Mengulas mengenai penyertaannya di ICBS buat pertama kali, Dini Aryani Criddle, Presiden dan Pengarah, Tanamera Coffee Indonesia, berkata, “Berkekalkan matlamat tunggal untuk menjadikan Indonesia sebuah negara yang terkenal dengan kopi istimewa, kami telah memilih ICBS 2023 sebagai wadah untuk melancarkan perniagaan runcit, borong dan peralatan memanggang di Malaysia. 

"Acara ini adalah sebuah pameran bertaraf dunia yang membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dan komuniti kopi.”

ICBS 2023 dianjurkan dengan kerjasama MSCA dan telah sekali lagi mendapat sokongan kukuh daripada penaja dan peserta pameran. 

Para penaja acara termasuk Bean Brothers, Claytan, Dutch Lady Professional, Falcon Coffees, Gigi Coffee, Hario, Monin, Cafetto, dan Marco oleh Dankoff Coffee Specialist, La Cimbali oleh Coffex Coffee, Mazzer oleh Classic Fine Foods Malaysia, Vitasoy dan Watch Water. 

Antara para peserta pameran termasuk Frad Coffee, K Hub, Qube Apps, Eciatto, Green Pot Tea, Conx Design, Forest Cloud, HisBrew, Da Di Coffee, Niju Coffee, LewisGene Roasters, Gourmet Partner, Global Coffee Resources, Organic 7 Days, Asia Hegner, Big Fame, Stallion Creation, Necessary Provision, MPFA Trading dan SEA Global. 

Rakan kerjasama lain bagi ICBS 2023 termasuk Persatuan Kopi ASEAN, Persatuan Pengeksport dan Industri Kopi Indonesia, Persatuan Barista Thailand, Persatuan Hotel & Restoran Filipina, Lembaga Kopi Filipina, Persatuan Kopi Lao, Persatuan Kopi Myanmar, Persatuan Kopi Singapura, Persatuan Kopi Istimewa Indonesia, Persatuan Kopi Thai dan Persatuan Kopi Koko Vietnam. 

Pameran ini akan diadakan di Dewan 4 & 5, Kuala Lumpur Convention Centre, dengan tumpuan kepada pengunjung perdagangan dan industri pada dua hari pertama (25 dan 26 Mei – 10.00pg hingga 6.00ptg). 

Pada hari ketiga dan terakhir (Sabtu, 27 Mei – 10.00pg hingga 5.00ptg) acara ini terbuka kepada orang ramai, dan mereka boleh menjamu selera mereka dengan sajian terbaik yang ditawarkan oleh industri kopi dan kafe. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
12
0
14
0
You will be interested