Selera & Santai 18 Mar, 2025

Saya ada formula! Tujuh tahun jual air balang! Formula sendiri untuk bancuhan sedap! - Kak Aqilah

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Kak Aqilah Razak sedang mengadunkan air balang yang hendak dijualnya.

Bagi penggemar air balang yang kerap mengunjungi Bazar Ramadan Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan pasti tidak asing lagi dengan gerai milik Kak Aqilah Razak yang menjadi pilihan ramai.

Penjual air balang dan tauhu bergedil gemuk Kak Aqilah telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama tujuh tahun.

Gerainya yang terletak berhadapan dengan Mr DIY sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati air balang yang enak serta tauhu bergedil yang terkenal dengan kelazatannya.


Bancuhan  yang melibatkan campuran susu, air, buah, perasa, dan air batu siap untuk dijual.


Menurut Kak Aqilah, kejayaan air balang yang dijualnya terletak pada "formula" bancuhan yang tepat, yang melibatkan campuran susu, air, buah, perasa, dan air batu. 

"Jika semua bahan ini dibancuh dengan tepat, rasa air balang akan kekal sama walaupun selepas air batu cair," katanya. "Walaupun nampak ringkas, sebenarnya ia bukanlah perkara yang mudah. Sebab itu, saya pastikan setiap bancuhan yang dibuat adalah tepat supaya pengunjung dapat menikmati air yang sedap dan tidak terlalu manis ataupun cair," tambahnya.


Tauhu bergedel gemuk  juga dijual digerainya.


Bukan hanya di Bazar Ramadan, Kak Aqilah juga membuka gerai di hadapan kedai buah Lati, menawarkan air balang dengan formula yang sama. 

"Sekiranya tidak sempat datang ke sini, pengunjung boleh membeli air balang saya di Lati," jelasnya.

Selain air balang, tauhu bergedel gemuk yang dijual juga menjadi buruan ramai. Tauhu yang lembut dan penuh rasa itu sangat serasi apabila dicicah dengan kicap, memberi pengalaman rasa yang berbeza kepada penggemarnya.


Kanak-kanak dan dewasa mengemari minuman air balang yang dijual.

Salah seorang pelanggan, yang mencuba Air Yogurt Mangga, turut memberikan pujian. "Air mangga ni memang betul-betul terasa seperti blend buah mangga dengan susu. Harganya pun sangat berpatutan, hanya RM5 sebungkus, dan rasa tetap sama walaupun air batu sudah cair," katanya.

Dapatkan Air Yogurt Mangga dan tauhu bergedil gemuk Kak Aqilah di gerainya yang terletak di Bazar Ramadan Tasek Raja atau di Lati. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keistimewaan yang ditawarkan! - KitaReporters


Pembeli terpaksa beratur untuk membeli bergedel yang dijual.

14
14
0
12
0
You will be interested