Selera & Santai 07 Dec, 2019

PAHANG - SIMPLY AWESOME... JOM RAMAI-RAMAI

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

BAGI memastikan sektor pelancongan Pahang terus berdaya maju dan menjadi pilihan utama pelancong sama ada dari dalam atau luar negara, Tourism Pahang memperkenalkan tagline barunya PAHANG - SIMPLY AWESOME sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). : KitaReporters.com

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (sembilan dari kiri) bergambar kenangan pada Majlis Perasmian Pahang Fest 2019  di The Square, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sebelum ini, Tourism Pahang menggunakan tagline Panoramic Pahang (2016) dan hoGOh Pahang (2017) dalam memastikan sektor itu terus berkembang pesat dan terkenal pada pentas antarabangsa.

Tagline baru PAHANG - SIMPLY AWESOME itu diperkenalkan bersesuaian dengan situasi industi pelancongan Pahang itu sendiri. Ia juga selaras dengan usaha kerajaan menjayakan kempen promosi VM2020.

Saban tahun jumlah pelancong ke negeri Pahang terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan malah pada tahun lalu, Tourism Pahang merekodkan kedatangan 13.4 juta pelancong tempatan dan antarabangsa.

Berdasarkan statistik itu juga, Tourism Pahang meletakkan sasaran kedatangan 15 juta pelancong dalam dan luar negara dengan perbelanjaan mencecah RM13 billion pada tahun ini.


Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pada Majlis Perasmian Pahang Fest 2019  di The Square, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, Pahang sememangnya kaya dengan lokasi pelancongan sama ada di kawasan tanah tinggi, daratan, hutan, pantai dan pulau.

"Kita ada semua itu dan saya yakin dengan usaha promosi yang berterusan, jumlah kedatangan pelancong dapat dipertingkatkan," katanya.

Secara umumnya, semua orang sudah tahu di mana destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di Pahang.

Tidak perlu diperkenalkan lagi kalau setakat nama nama popular seperti Bukit Fraser, Cameron Highlands, Cherating, Genting Highlands, Pusat Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Negara Kuala Tahan, Muzium Sungai Lembing dan Tasik Chini. 

Semua tempat itu sudah begitu sinonim untuk kumpulan pelancong!

Produk IKS dari Pekan Sambal Hitam jenama Zaty's mendapat sambutan pengunjung.


Bersempena dengan VM2020 juga, Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Wilayah Timur sedang giat mempromosikan enam produk pelancongan baru sejak 2018 lagi.

Lokasi tersebut ialah Centre Of Peninsular & Tiger Valley di Hutan Krau, Lanchang; Genting Premium Outlet dan 20th Century Fox Theme Park di Genting Highlands; Merapoh Caving Paradise di Merapoh; Black Water Jewel di Bebar, Pekan; dan Via Ferrata Paya Gunung di Jerantut.

Tidak dinafikan sama sekali usaha itu membuahkan hasil apabila lokasi berkenaan semakin popular dan menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan aktiviti lasak.

Apa yang penting ialah memastikan produk-produk pelancongan yang ditawarkan itu dapat memenuhi kehendak pelancong. Kemudahan asas di kawasan awam amat perlu diutamakan.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar berkata, Tourism Pahang mengambil inisiatif menganjurkan Pahang Fest 2019,  yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap variasi produk pelancongan Pahang, sekali gus mempromosikan keunikan dan kepelbagaian aktiviti pelancongan yang ada di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melawat 'booth' pameran.


Festival yang diadakan selepas kali terakhir pada 2010 itu membawa pelbagai aktiviti menarik pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan, pameran produk dan jualan pakej pelancongan, demonstrasi masakan tradisi dan kraf tangan Pahang.

Antara produk yang mencuri tumpuan pengunjung ialah demonstrasi masakan patin tempoyak, puding raja, sambal hitam, murtabak, nangka madu, madu lebah, rock melon dan nanas madu.

Turut menarik perhatian ialah demonstrasi Tenun Pahang Diraja, mencanting batik, ukiran kayu dan pameran produk kraf tangan. - KitaReporters.com

Ikan patin masak tempoyak oleh pengusaha IKS dari Temerloh. 


Ukiran kayu.

0
0
0
0
0
You will be interested